KERAJAAN PH DIMINTA NYATAKAN PENDIRIAN BERKAITAN AKTA BERITA PALSU DAN AKTA HASUTAN

KERAJAAN PH DIMINTA NYATAKAN PENDIRIAN BERKAITAN AKTA BERITA PALSU DAN AKTA HASUTAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KERAJAAN PH DIMINTA NYATAKAN PENDIRIAN BERKAITAN AKTA BERITA PALSU DAN AKTA HASUTAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KERAJAAN PH DIMINTA NYATAKAN PENDIRIAN BERKAITAN AKTA BERITA PALSU DAN AKTA HASUTAN
link : KERAJAAN PH DIMINTA NYATAKAN PENDIRIAN BERKAITAN AKTA BERITA PALSU DAN AKTA HASUTAN

Baca juga


KERAJAAN PH DIMINTA NYATAKAN PENDIRIAN BERKAITAN AKTA BERITA PALSU DAN AKTA HASUTAN






UMNO mempersoalkan pendirian terkini kerajaan Pakatan Harapan (PH) sama ada ingin membatalkan atau merasa serba salah untuk membatalkan Akta Berita Palsu dan Akta Hasutan.

Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO melihat dengan Dap diberi kuasa untuk mencerminkan ‘kebebasan bersuara’ yang dilaung-laungkannya maka Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tersepit untuk menghuraikannya.

Katanya, selepas A Kadir Jasin mempersoalkan hak dan perbelanjaan Yang Dipertuan Agong, sehingga mendorong baginda membatalkan Rumah Terbuka Aidilfitri di Istana Negara, muncul pula pelbagai elemen hasutan yang perlu ditangani.

“Gesaan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainudin Maidin agar kerajaan mengharamkan semua sekolah tahfiz, adalah satu bentuk hasutan yang boleh menjerumuskan negara ke dalam pertikaian,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Selaras dengan itu, UMNO ingin bertanya, apakah kerajaan benar-benar berhasrat menghapuskan dua akta berkenaan, dan tidak ingin bertindak ke atas elemen subversif seperti ini?

“ Jika benarlah, bermakna kerajaan menggalakkan penyebaran berita palsu, hasutan dan sebagainya oleh sesiapa saja. Ini membuka pintu kepada tercetusnya ketegangan kaum di Malaysia. Adakah ini yang rakyat mahu?

“Ini adalah bom jangka yang dipasang sendiri oleh ejen-ejen liberal dalam PH yang gagal dikesan radar pemimpin kerajaan. Ketahuilah ia boleh meledak di hadapan mata kita sendiri jika tiada tindakan diambil.

“UMNO kesal kerana selepas isu UiTM didesak menerima bukan Melayu, kini sekolah tahfiz pula menjadi alat untuk mencetuskan ketidakharmonian di kalangan masyarakat, khasnya orang Melayu.”

Soalnya, apakah ini kebebasan bersuara yang diingini oleh kerajaan dan apa pula alasan mereka terhadap gesaan agar golongan LGBT diberikan pelbagai hak di dalam agama dan masyarakat?

“Apa pula penjelasan yang boleh dibuat oleh Dr Mahathir mengenai Sisters in Islam yang dipimpin anaknya Marina, sedangkan ia jelas bertentangan dengan kehendak sebenar Islam?

“ Sudah banyak hasutan berlaku sejak PH membentuk kerajaan, dan ia dibiarkan saja walaupun sudah mula menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat berbilang agama dan bangsa di negara ini.

“Gesaan DAP agar taraf ‘Bumiputera’ dihapuskan agar mewujudkan peluang sama rata di Malaysia, dikhuatiri akan memakan diri sendiri.”

Jelasnya, ketika orang Melayu dan Islam mengamalkan tolak ansur dengan mengiktiraf hak semua kaum, mereka terus ditekan dengan provokasi sebegini.

“Ingatlah, jalan menuju kemusnahan itu sentiasa dijaga dengan baik (roads to ruin are always kept under good repairs). Berhati-hatilah atau sememangnya ada pemimpin dalam kerajaan PH yang suka bermain api?” katanya lagi.




Demikianlah Artikel KERAJAAN PH DIMINTA NYATAKAN PENDIRIAN BERKAITAN AKTA BERITA PALSU DAN AKTA HASUTAN

Sekianlah artikel KERAJAAN PH DIMINTA NYATAKAN PENDIRIAN BERKAITAN AKTA BERITA PALSU DAN AKTA HASUTAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KERAJAAN PH DIMINTA NYATAKAN PENDIRIAN BERKAITAN AKTA BERITA PALSU DAN AKTA HASUTAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/07/kerajaan-ph-diminta-nyatakan-pendirian.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :