Judul : Kena pecat kerana PM terkandas
link : Kena pecat kerana PM terkandas
Kena pecat kerana PM terkandas
Sinar Harian 7 Julai 2018
Do Rosario
MAPUTO - MOZAMBIQUE. Ahli lembaga pengarah Lam Airlines dipecat selepas perdana menteri dan penumpang lain terkandas kerana pesawat kehabisan minyak.
Insiden itu menyebabkan Carlos Agostinho do Rosario terpaksa menggunakan pesawat tentera udara untuk lawatan rasmi beliau dari Maputo ke wilayah utara Niassa.
Difahamkan, syarikat penerbangan milik negara itu sedang berdepan masalah kewangan.
Media tempatan melaporkan 'kekecohan' itu sudah berlaku selama tiga hari.
"Pembekal bahan api telah meminta bayaran sebelum penghantaran dibuat," jelas laporan itu lagi.
Lam Airlines menyifatkan insiden itu sebagai amat memalukan, namun ia memaklumkan sedang berusaha untuk memastikan operasi diteruskan selepas campur tangan kerajaan.
Ia turut memohon maaf kepada penumpang dan meminta mereka menghubungi syarikat terbabit untuk mendapatkan maklumat tentang penerbangan mereka. - BBC
Demikianlah Artikel Kena pecat kerana PM terkandas
Sekianlah artikel Kena pecat kerana PM terkandas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kena pecat kerana PM terkandas dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/07/kena-pecat-kerana-pm-terkandas.html