Judul : Jahat, bodoh, sombong kalau cakap tanpa fakta, kata Farid Al-Attas
link : Jahat, bodoh, sombong kalau cakap tanpa fakta, kata Farid Al-Attas
Jahat, bodoh, sombong kalau cakap tanpa fakta, kata Farid Al-Attas
Prof Syed Farid Al-Attas berkata ahli politik yang bercakap tak berasaskan fakta membantu penularan budaya pelampau.
Prof Syed Farid Al-Attas. (Gambar Youtube)
KUALA LUMPUR: Ahli akademi terkenal, Prof Syed Farid Al-Attas berkata ahli politik yang bercakap tanpa fakta dan maklumat yang benar adalah “jahat”, “bodoh” dan “sombong” dan hanya membantu penularan budaya pelampau dan radikal.
Pensyarah di Universiti Kebangsaan Singapura itu berkata semua golongan masyarakat harus memahami isu secara asas sebelum mengeluarkan kenyataan dan pendapat, bagi mengelakkan diri dan orang lain menjadi jahat, bodoh dan sombong.
“Kalau bercakap tanpa fakta dan menjadi fitnah, ia boleh diibaratkan sebagai ‘jahat’, manakala tidak mengetahui fakta yang tepat boleh diibaratkan sebagai ‘bodoh’ dan malu bertanya sama dengan ‘sombong’. Semua elemen ini apabila disatukan menjadilah ‘jadong’.
“Setiap individu pasti mengetahui maklumat asas sebelum mengeluarkan kata-kata dikhuatiri menyentuh sensitiviti pihak lain terutamanya agama,” katanya di seminar “Ekstremis Takfiri dan Perpecahan Dalam Dunia Islam” hari ini.
Beliau mengulas sebab-sebab ideologi pelampau dan radikal tersebar luas di dalam dan luar negara sehingga menimbulkan ancaman yang boleh membahayakan masyarakat.
Farid berkata setiap pendapat yang dikeluarkan tanpa memahami isu secara mendapat boleh menyinggung orang lain.
“Contohnya apabila bercakap tentang kes rogol, mangsa perempuan sering dipersalahkan kerana faktor pemakaian. Tetapi mereka yang mengeluarkan kata-kata itu tidak mengetahui sebab sebenar gejala itu berlaku.
“Ia disebabkan lelaki mengasari perempuan dan kes rogol dianggap seperti biasa dan tidak salah, namun wanita pula yang dipersalahkan,” katanya
Demikianlah Artikel Jahat, bodoh, sombong kalau cakap tanpa fakta, kata Farid Al-Attas
Sekianlah artikel Jahat, bodoh, sombong kalau cakap tanpa fakta, kata Farid Al-Attas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jahat, bodoh, sombong kalau cakap tanpa fakta, kata Farid Al-Attas dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/07/jahat-bodoh-sombong-kalau-cakap-tanpa.html