HARGA BARANG PENGGUNA BAKAL NAIK LAGI

HARGA BARANG PENGGUNA BAKAL NAIK LAGI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HARGA BARANG PENGGUNA BAKAL NAIK LAGI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : HARGA BARANG PENGGUNA BAKAL NAIK LAGI
link : HARGA BARANG PENGGUNA BAKAL NAIK LAGI

Baca juga


HARGA BARANG PENGGUNA BAKAL NAIK LAGI






TERUS NAIK… Harga barang di pasaran dijangka meningkat lebih tinggi lagi berikutan kenaikan tarif elektrik pengguna komersial, sekali gus menjejaskan golongan berpendapatan rendah.

Ia sekali gus menggambarkan kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang bukan sahaja terpaksa berdalih sebab gagal tunai janji manifesto mereka sendiri, malah membuktikan pentadbiran baharu adalah jauh lebih teruk.

Berita buruk itu didedahkan Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman kepada sebuah akhbar tempatan sebagai mengulas kesan kenaikan kadar elektrik mulai 1 Julai.


Beliau menjelaskan bahawa walaupun peningkatan tarif elektrik berkenaan hanya membabitkan sektor komersial tetapi timbul kebimbangan pengilang dan peniaga mungkin bakal meletakkan kos berkenaan kepada pengguna.

Mohd. Yusof berkata, ada segelintir pihak yang sentiasa mahu mengambil peluang dengan sengaja menaikkan harga barangan jualan masing-masing apabila berlakunya aliran peningkatan kadar caj bahan api, elektrik dan air.

“Kita juga kena melihat perkara ini secara lebih luas iaitu dengan mengadakan siri perbincangan dengan pihak yang berkepentingan supaya pengguna miskin tidak terbeban berikutan peningkatan harga barangan runcit di pasaran.

“Namun jika lihat kepada keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, adalah lebih baik perkara sebegini dapat dielakkan kerana kos sara hidup rakyat pasti meningkat terutama di kawasan bandar besar,” kata Mohd. Yusof.

Untuk rekod, kerajaan PH menjanjikan konon harga barang akan jatuh apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) diturunkan kepada kadar sifar peratus mulai 1 Jun lalu, namun apa yang berlaku pula adalah sebaliknya.

Indeks Harga Pengguna yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini melaporkan harga barang terus naik dan ia dijangka meningkat setelah pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai 1 September.

Sementara itu, Setiausaha Usahawan Digital Selangor, Mohd. Adzim Rahman berkata, peniaga yang bergantung kepada elektrik untuk jana pendapatan kemungkinan besar akan terkesan dengan kenaikan tarif elektrik berkenaan.

“Industri elektronik atau sektor yang membabitkan penggunaan jentera pasti terkesan dengan peningkatan tarif itu, sekali gus meningkatan kos operasi mereka dan akhirnya harga barang pun naik,” katanya kepada sebuah akhbar.

Ia berikutan peningkatan kos sebanyak 1.35 sen/kWj, dan kerajaan PH memutuskan kos itu pula dilepaskan dalam bentuk surcaj, kos tidak berimbang (ICPT) kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung Malaysia.

Suruhanjaya Tenaga (ST) dalam kenyataan semalam memaklumkan bahawa kerajaan turut menetapkan caj ICPT itu hanya dikecualikan kepada semua pengguna domestik bagi tempoh dari 1 Julai hingga 31 Disember depan.

Pelarasan ICPT ini jelas ST tidak membabitkan pengguna domestik dengan penggunaan elektrik kurang daripada 300 kWj dan jika lebih, mereka akan mengalami penurunan atau kenaikan yang minimum dalam bil elektrik.

“Ini dianggarkan antara RM0.09 dan RM4.89 sebulan, dengan mengambil kira pelaksanaan kadar 0 peratus GST yang bermula 1 Jun lalu,” kata suruhanjaya tersebut dalam kenyataan berkenaan di Putrajaya.




Demikianlah Artikel HARGA BARANG PENGGUNA BAKAL NAIK LAGI

Sekianlah artikel HARGA BARANG PENGGUNA BAKAL NAIK LAGI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel HARGA BARANG PENGGUNA BAKAL NAIK LAGI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/07/harga-barang-pengguna-bakal-naik-lagi.html

Subscribe to receive free email updates: