APAKAH RAHSIA PERLANTIKAN MALANJUM ?

APAKAH RAHSIA PERLANTIKAN MALANJUM ? - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul APAKAH RAHSIA PERLANTIKAN MALANJUM ?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : APAKAH RAHSIA PERLANTIKAN MALANJUM ?
link : APAKAH RAHSIA PERLANTIKAN MALANJUM ?

Baca juga


APAKAH RAHSIA PERLANTIKAN MALANJUM ?

RULE OF LAW !!!

WOIT ??? NI SIAPA YANG NAK JAWAB ?

APA SUDAH JADI DI NEGARAKU INI ?

ADAKAH INI SEMUA ? RAKYAT JUGA NAK TAHU NI !!!

-Pak Karamu-

 

Tun Abdul Hamid minta penjelasan pelantikan Malanjum

AddThis Sharing Buttons

Tun Abdul Hamid Mohamad
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad meminta penjelasan daripada mana-mana pihak di Jabatan Perdana Menteri untuk menjelaskan secara lanjut mengenai pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara.

Katanya, ini kerana bekas Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif telah mengemukakan surat peletakan jawatannya berkuat kuasa 1 Ogos ini dan kini beliau sedang bercuti.

Menurutnya, pada 11 Julai lalu, pada jam 9.30 malam, Richard mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara dan timbul persoalan adakah beliau boleh mengangkat sumpah sedangkan Tun Raus belum mengosongkan jawatan tersebut.

“Walaupun Tun Raus telah memberi notis peletakan jawatan, ia hanya akan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2018. Walaupun beliau bercuti, beliau masih memegang jawatan berkenaan.

“Memandangkan pelantikan Richard berkuatkuasa dengan serta merta, ia bermakna bahawa dari jam 9.30 malam pada 11 Julai 2018 hingga 12 tengah malam , terdapat dua orang Ketua Hakim Negara. Adakah pelantikan Richard sah,” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.


Abdul Hamid berkata, Raus diberikan cuti taman (garden leave) yang membawa maksud bahawa beliau telah diarahkan untuk tidak melakukan sebarang kerja semasa tempoh notis tersebut, namun tetap dibayar gaji.

“Itu mungkin amalan di sektor swasta yang mungkin juga diterima pakai di sektor awam yang melibatkan pegawai tadbir. Saya menghujahkan bahawa amalan itu tidak boleh dipakai kepada Ketua Hakim Negara yang kuasanya diberikan oleh Perlembagaan dan undang-undang.

“Tiada siapa, termasuk perdana menteri mempunyai kuasa untuk membuang kuasa itu daripadanya,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan mengapa upacara mengangkat sumpah tersebut dilakukan pada waktu malam yang mengejutkan semua orang.

“Adakah Yang di-Pertuan Agong dan perdana menteri begitu sibuk pada waktu siang sehingga ia perlu dilakukan pada waktu malam?

“Sekiranya Majlis Raja-Raja telah dirunding dalam mesyuaratnya pada 11 Julai lalu, mengapakah tergesa-gesa mengangkat sumpah pada malam yang sama?” soalnya.

Dalam pada itu, beliau juga turut bertanyakan bilakah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) bermesyuarat dan membuat cadangan kepada perdana menteri.

“Siapa yang mempengerusikan mesyuarat itu, Raus masih Ketua Hakim Negara walau apa pun pandangan seseorang mengenai pelantikannya. Pelantikannya tidak diisytiharkan tidak sah oleh mana-mana mahkamah.

“Sepatutnya beliau (Raus) mempengerusikan mesyuarat itu walaupun sedang bercuti, beliau sepatutnya dimaklumkan dan mempengerusikan mesyuarat itu. Sekiranya beliau dan dan Tan Sri Zulkefli (Presiden Mahmkamah Rayuan) atas sebab-sebab tertentu tidak dapat mempengerusikan mesyuarat itu, orang yang sepatutnya mempengerusikan mesyuarat itu adalah  Tan Sri Ahmad Maarop (Hakim Besar Malaya). Dari segi protokol beliau lebih kanan daripada Richard,” katanya.

Tambah Abdul Hamid, beliau juga membangkitkan soal mengapakah badan kehakiman diwakili oleh ketua pendaftar.

“Beliau hanya seorang pendaftar, bukan seorang hakim. Jika Raus dan Zulkefli bercuti, selepasnya adalah Ahmad Maarop serta selepasnya terdapat banyak Hakim Mahkamah Persekutuan. Sudah tentu salah seorang daripada mereka boleh hadir,” katanya.


Demikianlah Artikel APAKAH RAHSIA PERLANTIKAN MALANJUM ?

Sekianlah artikel APAKAH RAHSIA PERLANTIKAN MALANJUM ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel APAKAH RAHSIA PERLANTIKAN MALANJUM ? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/07/apakah-rahsia-perlantikan-malanjum.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :