Sabar wahai pembangkang, ada 70 hari lagi…

Sabar wahai pembangkang, ada 70 hari lagi… - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sabar wahai pembangkang, ada 70 hari lagi…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sabar wahai pembangkang, ada 70 hari lagi…
link : Sabar wahai pembangkang, ada 70 hari lagi…

Baca juga


Sabar wahai pembangkang, ada 70 hari lagi…

Sinar Harian
Sabar wahai pembangkang, ada 70 hari lagi…
Wan Azizah Wan Ismail
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - "Beri kami ruang dan masa tunaikan janji," kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai pelaksanaan janji manifesto Pakatan Harapan (Harapan) selepas berjaya membentuk kerajaan susulan kemenangan pada PRU14.

Menyedari Harapan kini 'diserang' pembangkang yang menuntut janji-janji PRU14 dilaksanakan segera, Dr Wan Azizah berkata, kerajaan sedang berusaha melunaskan segala janji.

Katanya, Harapan baru sebulan mengambil alih pentadbiran negara, dan masih mempunyai masa terutama dalam menunaikan 10 inisiatif dijanji dilaksanakan dalam 100 hari pemerintahan.

"Kita perlukan pembangkang yang baik untuk semak dan imbang, tetapi ini baru 30 hari, ada 70 hari lagi.
Jadi kita ada sedikit ruang...ada 70 hari lagi, sabar dan tunggu. Insya-ALLAH kita akan tunaikan sedaya upaya yang kita boleh," katanya.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah berkata, beberapa inisiatif telah mula dilaksanakan seperti kadar sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), yang kemudiannya akan dimansuhkan pada sesi pertama sidang Dewan Rakyat tahun ini.

"Harga petrol RON95 stabil dan tidak diapungkan, jadi lain-lain kita usahakan supaya pengauditan dilakukan dan bagaimana kita mengurus kerajaan itu telah berjalan dan boleh dilihat," katanya.

Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, pihaknya juga sedang berusaha merealisasikan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah.

"Cuma pada masa ini, ada kekangan sedikit kerana Seksyen 51 Peraturan KWSP, tidak memberikan ruang pengambilan dua peratus daripada 11 peratus caruman suami kepada isteri yang tidak bekerja. Ini kita cuba mengatasinya," katanya.

Jelas beliau, Harapan membuat janji-janji berdasarkan anggaran maklumat yang diperoleh sebelum memenangi PRU14 pada 9 Mei lepas.
Namun, katanya, setelah mengambil alih Putrajaya, barulah mereka menyedari situasi sebenar kewangan dan kelompongan tadbir urus kerajaan sebelum ini.

Antara 10 janji 100 hari PH yang lain termasuk mengembalikan semula subsidi minyak secara bersasar; menangguhkan pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi individu berpendapatan bawah RM4,000; menghapuskan hutang-hutang tidak wajar yang dipaksa ke atas peneroka Felda dan menyamaratakan gaji minimum. - Bernama



Demikianlah Artikel Sabar wahai pembangkang, ada 70 hari lagi…

Sekianlah artikel Sabar wahai pembangkang, ada 70 hari lagi… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sabar wahai pembangkang, ada 70 hari lagi… dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/06/sabar-wahai-pembangkang-ada-70-hari-lagi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :