Judul : ROSAKNYA NEGARA SEJAK DARI ZAMAN MANA ?
link : ROSAKNYA NEGARA SEJAK DARI ZAMAN MANA ?
ROSAKNYA NEGARA SEJAK DARI ZAMAN MANA ?
MEMANG NEGARA SUDAH ROSAK TERUK, NAMUN RAKYAT HENDAK TAHU KEROSAKAN TERSEBUT SEJAK DARI ZAMAN SIAPA ?
HARI INI KITA HANYA DAPAT RASAKAN KEROSAKAN ITU BERDASARKAN KEROSAKAN TENAT,
SEBELUM KEROSAKAN TENAT TENTU ADA SEBAB DAN TENTU ADA PERMULAAN KEROSAKAN TERSEBUT.
BILA PUNCA MULA KEROSAKAN TERSEBUT, ITULAH YANG PALING PENTING KERANA ORANG KEMUDIAN BELAJAR DARI ORANG YANG TERDAHULU KAN BEGITU ?
ORANG TERDAHULU MERANCANG KEROSAKAN, ORANG TERKEMUDIAN MENYAMBUNG KEROSAKAN UNTUK KEPENTINGAN DIRI DAN KELUARGA.
ERTINYA APA ?
SEMUA MEMBUAT KEROSAKAN, RAKYAT YANG TANGGUNG !!!
Pak Karamu-
Kerosakan negara mungkin tidak dapat pulih sepenuhnya
Mahathir Mohamad - Foto Bernama
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi keyakinan bahawa kerajaan mampu memulihkan kerosakan negara akibat pentadbiran kerajaan terdahulu.
Bagaimanapun, beliau akui mungkin juga kerosakan tersebut tidak dapat diselesaikan sepenuhnya memandangkan ia melibatkan pelbagai aspek.
“Mungkin tidak sepenuhnya tetapi masalah utama itu saya yakin kita dapat selesaikan.
“Ini kerana bukan duit sahaja tetapi soal rosak jentera pekerjaan,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.
Dr Mahathir berkata, cabaran utama kerajaan hari ini adalah untuk berde
pan dengan situasi di mana ada di kalangan jenteranya yang berkhidmat dengan parti politik yang disokong.
“Kita dapati bahawa pegawai-pegawai tidak lagi berkhidmat untuk negara tetapi untuk parti sebelum ini.
“Kadang-kadang mereka sampai jadi fanatik sehingga sanggup berkempen memburukkan parti lawan. Tetapi sekarang ini mereka terpaksa bekerja di bawah parti lawan yang mereka cemuh dahulu,” katanya.
Katanya, kualiti jentera pekerja yang ada pada hari ini sudah rosak teruk apatah lagi tidak lagi berkhidmat kepada kerajaan sepenuhnya.
“Jadi untuk ini saya tidak tahu (selesaikan kerosakan sepenuhnya). Nak tak nak pun, orang yang dulu serang kita, kita kena bekerja dengan dia.
“Sebab jentera itu kalau tak ada orang, jentera tak boleh bergerak. Jadi orang itu kalau kita buang semua, kita tiada orang lain. Nak ganti dengan siapa? Kualiti di jentera pekerja kita sudah rosak teruk,” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Anwar pengganti saya’]
Sementara itu, Dr Mahathir berkata, selain 1Malaysia Development Berhad (1MDB), perkara yang menjadi keutamaannya adalah untuk memulihkan ekonomi negara supaya Malaysia menjadi sebuah negara yang berupaya.
“Kalau boleh dalam masa terdekat saya nak atasi masalah-masalah yang dihadapi, itulah tujuan saya.
“Kalau saya berjaya, bukan duit yang penting tapi hasil kerja. Jadi inilah yang saya sedang usahakan,” katanya.
Demikianlah Artikel ROSAKNYA NEGARA SEJAK DARI ZAMAN MANA ?
Sekianlah artikel ROSAKNYA NEGARA SEJAK DARI ZAMAN MANA ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ROSAKNYA NEGARA SEJAK DARI ZAMAN MANA ? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/06/rosaknya-negara-sejak-dari-zaman-mana.html