KERAJAAN NEGERI BELUM TERIMA CADANGAN PEMBANGUNAN PROJEK RM 30 BILLION

KERAJAAN NEGERI BELUM TERIMA CADANGAN PEMBANGUNAN PROJEK RM 30 BILLION - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KERAJAAN NEGERI BELUM TERIMA CADANGAN PEMBANGUNAN PROJEK RM 30 BILLION, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KERAJAAN NEGERI BELUM TERIMA CADANGAN PEMBANGUNAN PROJEK RM 30 BILLION
link : KERAJAAN NEGERI BELUM TERIMA CADANGAN PEMBANGUNAN PROJEK RM 30 BILLION

Baca juga


KERAJAAN NEGERI BELUM TERIMA CADANGAN PEMBANGUNAN PROJEK RM 30 BILLION


KENYATAAN MEDIA
KERAJAAN NEGERI BELUM TERIMA CADANGAN PEMBANGUNAN PROJEK RM 30 BILLION
Kerajaan Negeri Kedah pimpinan saya ketika ini belum menerima cadangan pembangunan Projek Bandaraya Baharu Langkawi yang bernilai kira-kira RM30 billion di pulau peranginan itu.
Akhbar hari ini memetik pemaju hartanah, Tan Sri Ting Pek Khiing sebagai mengumumkan bahawa projek itu akan dilancarkan hari ini, merangkumi pembinaan kira-kira 30,000 unit kondominium mewah, pusat komersil dan dermaga kapal di kawasan seluas 81 hektar tanah yang ditebus guna di barat Pulau Langkawi.
Pengumuman itu menghairankan kerana projek berkenaan tidak dicadang, dibincang, dipertimbang, apatah lagi diluluskan oleh Kerajaan Negeri pimpinan saya.
Saya ingin jelaskan bahawa projek tersebut pernah dicadangkan sewaktu saya memegang jawatan Menteri Besar Kedah kali pertama, di bawah kerajaan Barisan Nasional dahulu. Tan Sri Ting Pek Khiing telah mengemukakan cadangan pembangunan tanah tambak laut bagi membina hartanah yang akan dijual kepada pembeli tempatan dan asing.
Bagaimanapun, cadangan tersebut tidak disusuli dengan bayaran deposit yang menepati syarat Kerajaan Negeri bagi projek mega sebesar yang dinyatakan beliau.
Maka, pada hemat Kerajaan Negeri, cadangan asal itu tidak lagi dipertimbangkan. Sebarang cadangan pembangunan baharu perlulah dikemukakan secara rasmi untuk pertimbangan Kerajaan Negeri.
Setakat ini, Tan Sri Ting Pek Khiing belum mengemukakan kepada Kerajaan Negeri cadangan baharu bagi projek pembangunan mega yang beliau umumkan itu.
Ingin saya jelaskan bahawa pentadbiran ini tidak berhasrat untuk menyulitkan sebarang inisiatif untuk melabur atau membangunkan negeri ini. Sebaliknya, kerjasama penuh diberikan, panduan dan nasihat ditawarkan sekiranya perlu untuk menjayakan usaha sedemikian.
Namun begitu, Kerajaan Negeri berpendirian tegas terhadap pematuhan syarat dan garispanduan yang telah ditetapkan. Apa juga projek yang dicadangkan oleh mana-mana pihak perlu melalui proses saringan untuk mengenalpasti impak sosial, alam sekitar dan ekonomi.
Walaupun Kerajaan Negeri amat mesra perniagaan dan pelaburan, namun ketiga-tiga aspek itu tidak akan dikompromi.

Dato’ Seri Hj. Mukhriz Tun Mahathir
Menteri Besar Kedah Darul Aman
Tarikh : 1 Jun 2018


Demikianlah Artikel KERAJAAN NEGERI BELUM TERIMA CADANGAN PEMBANGUNAN PROJEK RM 30 BILLION

Sekianlah artikel KERAJAAN NEGERI BELUM TERIMA CADANGAN PEMBANGUNAN PROJEK RM 30 BILLION kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KERAJAAN NEGERI BELUM TERIMA CADANGAN PEMBANGUNAN PROJEK RM 30 BILLION dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/06/kerajaan-negeri-belum-terima-cadangan.html

Subscribe to receive free email updates: