Jemaah terima kejutan, Mat Sabu baca khutbah

Jemaah terima kejutan, Mat Sabu baca khutbah - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jemaah terima kejutan, Mat Sabu baca khutbah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jemaah terima kejutan, Mat Sabu baca khutbah
link : Jemaah terima kejutan, Mat Sabu baca khutbah

Baca juga


Jemaah terima kejutan, Mat Sabu baca khutbah


Jemaah terima kejutan, Mat Sabu baca khutbah
Foto ihsan Facebook Mohamad Sabu
(Ubah saiz teks)
IPOH - Jemaah di Surau Salahuddin Al-Ayubi, Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai menerima kejutan apabila khutbah Jumaat hari ini dibacakan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Menerusi khutbah Jumaat itu, Mohamad Sabu mengajak umat Islam supaya berani mengakui kesilapan dan sanggup lakukan pembetulan agar menjadi umat lebih mulia.

Beliau juga mengingatkan lebih baik mengamalkan sikap merendah diri dan segera meminta ampun setelah berbuat kesalahan.
“Sama ada pihak yang berkuasa atau tidak berkuasa, renung dan sanggup membuat pengislahan (pembaharuan) supaya kita dapat kembali memimpin atas muka bumi ini.

“Kita kena akui kelemahan dengan  penuh tawaduk dan sama-sama membina kembali kesilapan dilakukan orang Islam sama ada pemimpin atau umat Islam lain secara umum,” katanya.

Khutbah pertama dibacakan sejak beliau menerajui Kementerian Pertahanan itu disampaikan di hadapan 750 pegawai dan anggota RAMD yang turut dihadiri Panglima 2 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Nizam Jaffar.
Hadir sama, Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.
Solat Jumaat diimamkan, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Dalam khutbah Jumaat itu, turut disentuh keadaan umat Islam pada masa kini yang saling bertingkah dan membunuh antara satu sama lain hanya kerana wujudnya perbezaan sedikit dalam nilai kepercayaan mereka.

Mohamad Sabu berkata, negara kotor, paling tinggi rasuah, tiada ukhuwah hingga saling bunuh sesama sendiri dan umat yang menjadi pelarian paling ramai semuanya berlaku di negara Islam.
“Apakah agama yang salah atau kita yang salah, insafilah, kitalah yang perlu buat pembetulan,” katanya.
Sinar Harian


Demikianlah Artikel Jemaah terima kejutan, Mat Sabu baca khutbah

Sekianlah artikel Jemaah terima kejutan, Mat Sabu baca khutbah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jemaah terima kejutan, Mat Sabu baca khutbah dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/06/jemaah-terima-kejutan-mat-sabu-baca.html

Subscribe to receive free email updates: