IDRIS DAKWA LEBIH LAYAK JADI MB

IDRIS DAKWA LEBIH LAYAK JADI MB - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul IDRIS DAKWA LEBIH LAYAK JADI MB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : IDRIS DAKWA LEBIH LAYAK JADI MB
link : IDRIS DAKWA LEBIH LAYAK JADI MB

Baca juga


IDRIS DAKWA LEBIH LAYAK JADI MB



IDRIS AHMAD (kanan) bercakap mengenai isu PTPTN yang tular bersama Pengarah Kolej Vision, Datuk Lee



Meskipun Ahli Dewan Undangan Ne­geri (ADUN) Sungai Tua, Amirudin Shari telah mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Selangor baharu menggantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, namun ada dalam kalangan pemimpin PKR dirinya merasakan ‘lebih layak’ untuk memegang jawatan tersebut.

Kemelut dalaman itu seolah-olah membuktikan kewujudan pertembungan antara dua kem yang dikatakan melibatkan Mohamed Azmin dan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
walaupun pernah dinafikan oleh kedua-dua pemimpin itu sebelum ini.

ADUN Ijok, Dr. Idris Ahmad mendedahkan, beliau merupakan satu-satunya calon dipersetujui oleh empat komponen parti Pakatan Harapan (PH) untuk menjadi Menteri Besar Selangor sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lagi.

Beliau mendakwa, Mohamed Azmin pula mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Selangor selepas PH menang pada PRU-14, ‘tanpa mendapat restu’ daripada mana-mana komponen parti berkenaan.

Malah, Idris mendakwa, beliau telah mendapat sokongan majoriti bagi pencalonannya sebagai Menteri Besar Selangor menerusi surat daripada PKR, DAP, PPBM dan Parti Amanah Negara (Ama­nah), selepas Mohamed Azmin meletakkan jawatan kerana dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Tambahnya, Wan Azizah te­lah menghantar dua surat iaitu su­rat pertama mencadangkan na­­ma beliau sebagai Menteri Besar Se­langor pada 4 Jun lalu dan sepucuk lagi surat mengenai tujuan pemilihan Idris pada 5 Jun lalu untuk pertimbangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Sebelum PRU-14, terdapat ura-ura dalam Pakatan Harapan mahu saya menjadi Menteri Besar Selangor dan dua hari selepas kita menang serta dalam suasana gembira meraikan kemenangan itu, tiba-tiba calon Menteri Besar Selangor baharu pula telah diumumkan tanpa restu parti yang lain.

“Saya tidak mahu jadi ‘gentleman’ lagi, beliau (Mohamed Azmin) pergi ke sana secara sendiri. Hanya satu nama dicadangkan iaitu nama saya, Malah, saya mendapat restu daripada semua komponen Pakatan Harapan dan surat-surat tersebut telah dihantar kepada Sultan Selangor,” katanya.




Demikianlah Artikel IDRIS DAKWA LEBIH LAYAK JADI MB

Sekianlah artikel IDRIS DAKWA LEBIH LAYAK JADI MB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel IDRIS DAKWA LEBIH LAYAK JADI MB dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/06/idris-dakwa-lebih-layak-jadi-mb.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :