Judul : [Video Terkini...Black Maria tinggalkan rumah Najib] Black Maria beredar dari banglo Najib dengan kotak biru.
link : [Video Terkini...Black Maria tinggalkan rumah Najib] Black Maria beredar dari banglo Najib dengan kotak biru.
[Video Terkini...Black Maria tinggalkan rumah Najib] Black Maria beredar dari banglo Najib dengan kotak biru.
Khamis, 17 Mei 2018Black Maria beredar dari banglo Najib dengan kotak biru

Selepas 18 jam menggeledah banglo kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, petang tadi trak Black Maria polis beredar dengan membawa kotak berwarna biru gelap berserta seorang lelaki yang tidak dikenali.
Lelaki berkenaan duduk di bahagian belakang trak yang lazimnya mengangkut tahanan ke penjara atau mahkamah bersama seorang anggota polis.
Walaupun diajukan soalan berulang kali, lelaki yang tidak digari itu enggan mengenal dirinya kepada media.
Kenderaan Black Maria itu diiringi oleh dua anggota polis bermotosikal dan sebuah kereta peronda polis. Malaysiakini tidak dapat memastikan hala tuju kenderaan itu yang beredar dalam keadaan hujan lebat.
Walau bagaimanapun, wartawan kami difahamkan masih terdapat anggota polis yang berada di rumah bekas presiden Umno itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh sebelum ini mengesahkan tindakan polis itu, namun enggan mengulas lanjut.
Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal memberitahu pemberita awal pagi ini bahawa beberapa barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah dirampas dari kediaman itu.
Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor telah disenaraihitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini.
Malaysiakini.
Demikianlah Artikel [Video Terkini...Black Maria tinggalkan rumah Najib] Black Maria beredar dari banglo Najib dengan kotak biru.
Sekianlah artikel [Video Terkini...Black Maria tinggalkan rumah Najib] Black Maria beredar dari banglo Najib dengan kotak biru. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Terkini...Black Maria tinggalkan rumah Najib] Black Maria beredar dari banglo Najib dengan kotak biru. dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/05/video-terkiniblack-maria-tinggalkan.html