[Video Terkini! Zahid Mat Arip, Ezam Mohd Nor di Pekan & Rara-'Ini orang 'tarak' guna lagi'] Bertaubatlah Ayoh Chik, pesan Miqdad & Zam pula mimpi Nik Aziz hilang dua kaki.

[Video Terkini! Zahid Mat Arip, Ezam Mohd Nor di Pekan & Rara-'Ini orang 'tarak' guna lagi'] Bertaubatlah Ayoh Chik, pesan Miqdad & Zam pula mimpi Nik Aziz hilang dua kaki. - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video Terkini! Zahid Mat Arip, Ezam Mohd Nor di Pekan & Rara-'Ini orang 'tarak' guna lagi'] Bertaubatlah Ayoh Chik, pesan Miqdad & Zam pula mimpi Nik Aziz hilang dua kaki., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video Terkini! Zahid Mat Arip, Ezam Mohd Nor di Pekan & Rara-'Ini orang 'tarak' guna lagi'] Bertaubatlah Ayoh Chik, pesan Miqdad & Zam pula mimpi Nik Aziz hilang dua kaki.
link : [Video Terkini! Zahid Mat Arip, Ezam Mohd Nor di Pekan & Rara-'Ini orang 'tarak' guna lagi'] Bertaubatlah Ayoh Chik, pesan Miqdad & Zam pula mimpi Nik Aziz hilang dua kaki.

Baca juga


[Video Terkini! Zahid Mat Arip, Ezam Mohd Nor di Pekan & Rara-'Ini orang 'tarak' guna lagi'] Bertaubatlah Ayoh Chik, pesan Miqdad & Zam pula mimpi Nik Aziz hilang dua kaki.

Selasa, 1 Mei 2018


Bertaubatlah Ayoh Chik, pesan Miqdad

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang disarankan oleh anak saudaranya sendiri supaya segera "bertaubat".
Kenyataan dibuat Miqdad Zakaria itu dibuat ekoran analogi digunakan Abdul Hadi dalam warkah terbukanya kepada anak-anak bekas pemimpin PAS yang kini tidak lagi bersama parti itu.
Didahului dengan ucapan maaf, kata Miqdad, analogi Abdul Hadi yang memetik peristiwa anak Nabi Nuh yang kufur kepada Allah adalah salah sama sekali untuk menggambarkan kedudukan sebahagian anak-anak bekas pimpinan PAS yang keluar daripada parti itu.
"Minta maaflah, saya terpaksa sebut analogi Ayoh Chik (Abdul Hadi) bawa ini benar-benar salah dan bercanggah dengan agama Islam.
"Sebab dia, (kita) duduk dalam sistem demokrasi, dalam parti, (jadi) bila seseorang keluar parti diibaratkan (pula) seperti tukar iman dan menjadi kufur.
"Itu salah dan Ayoh Chik perlu taubat kepada Allah.
"Saya sendiri doakan agar Ayoh Chik panjang umur, sempat bertaubat minta ampun dengan Allah serta semua orang yang pernah Ayoh Chik kata macam-macam," katanya kepada Malaysiakini di Kota Bharu, malam tadi.
Sebelum itu Miqdad hadir menyampaikan ceramah di pusat daerah mengundi (PDM) Mulong di dewan undangan negeri (DUN) Salor.

Zam pula mimpi Nik Aziz hilang dua kaki

Mimpi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bercerita bahawa dia bermimpi melihat bekas mursyidul am parti itu, allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hadir dalam keadaan tempang berterusan hari ini.
Bekas menteri Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin pula tampil dan mengakui beliau juga termimpikan bekas menteri besar Kelantan itu yang menurutnya, kehilangan kedua-dua belah kakinya.
"Haji Hadi mimpi Allahyarham Tok Guru Nik Aziz hilang sebelah kakinya kerana anaknya Nik Omar sertai Pakatan Harapan tapi saya mimpi Nik Aziz hilang kedua belah kakinya kerana semua penyokong PAS ikut langkah Nik Omar.
"Hidup Nik Omar," kata Zainuddin yang juga mesra dengan panggilan Zam dan adalah bekas ketua pengarang Utusan Malaysia dalam satu ciapan di Twitter.

Mimpi itu, kata Zam adalah petanda bahawa semua ahli PAS akan menyokong penuh Nik Omar yang bertanding di atas tiket Pakatan Harapan bagi kawasan DUN Cempaka pada pilihan raya 9 Mei ini.
Susulan mengemukakan pencalonannya, pada Sabtu lalu, PAS melalui setiausaha agungnya, Datuk Takiyuddin mengumumkan anak kedua Nik Aziz itu dipecat serta-merta daripada parti.
Lanjutan itu, Nik Mohamad Abduh calon PAS bagi Parlimen Bachok dalam satu tulisan berjudul 'Dua kali bonda 'ditembak' untuk menyerang peribadi abang kandungnya secara terbuka.
"Ibu adalah menara kehidupan. Jangan bicara pasal ayahanda jika bonda tiada di sisi. Siapa ayahanda tanpa seorang bonda yang paling memahami pahit getir kehidupan seorang suami bergelar pejuang.
"Siapa kita tanpa bonda? Sekadar air mani terbuang hina," kata Nik Abduh membantah pendirian politik abangnya yang menyertai AMANAH itu.
Bagaimanapun, sejurus selepas itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga adalah anak saudara Nik Aziz menyelar kecaman peribadi itu melalui catatan di Facebook beliau hari ini.
"Dalam isu Nik Omar, bagi PAS, kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Abduh mewakili pihak keluarga beliau, dan tidak perlu ada kenyataan lain. Tindakan beliau bertanding atas tiket Pakatan Harapan adalah urusan dan pilihan beliau sendiri yang tidak perlu diperbesarkan.
"PAS ingin tegaskan hanya kenyataan pimpinan utama sahaja adalah kenyataan rasmi parti. Manakala kenyataan lain, PAS tidak bertanggungjawab.
"PAS menganggap sebarang kenyataan melampau yang menyerang beliau (Nik Omar) adalah tindakan yang keterlaluan," kata beliau.
Malaysiakini.


Demikianlah Artikel [Video Terkini! Zahid Mat Arip, Ezam Mohd Nor di Pekan & Rara-'Ini orang 'tarak' guna lagi'] Bertaubatlah Ayoh Chik, pesan Miqdad & Zam pula mimpi Nik Aziz hilang dua kaki.

Sekianlah artikel [Video Terkini! Zahid Mat Arip, Ezam Mohd Nor di Pekan & Rara-'Ini orang 'tarak' guna lagi'] Bertaubatlah Ayoh Chik, pesan Miqdad & Zam pula mimpi Nik Aziz hilang dua kaki. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video Terkini! Zahid Mat Arip, Ezam Mohd Nor di Pekan & Rara-'Ini orang 'tarak' guna lagi'] Bertaubatlah Ayoh Chik, pesan Miqdad & Zam pula mimpi Nik Aziz hilang dua kaki. dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/05/video-terkini-zahid-mat-arip-ezam-mohd.html

Subscribe to receive free email updates: