[Video Ho, ho siap kau! MP buat laporan polis mahu kes Altantuya dibuka semula] Jawapan tertangguh misteri kematian Altantuya mesti didedah.

[Video Ho, ho siap kau! MP buat laporan polis mahu kes Altantuya dibuka semula] Jawapan tertangguh misteri kematian Altantuya mesti didedah. - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video Ho, ho siap kau! MP buat laporan polis mahu kes Altantuya dibuka semula] Jawapan tertangguh misteri kematian Altantuya mesti didedah., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video Ho, ho siap kau! MP buat laporan polis mahu kes Altantuya dibuka semula] Jawapan tertangguh misteri kematian Altantuya mesti didedah.
link : [Video Ho, ho siap kau! MP buat laporan polis mahu kes Altantuya dibuka semula] Jawapan tertangguh misteri kematian Altantuya mesti didedah.

Baca juga


[Video Ho, ho siap kau! MP buat laporan polis mahu kes Altantuya dibuka semula] Jawapan tertangguh misteri kematian Altantuya mesti didedah.

Sabtu, 26 Mei 2018

Hasil carian imej untuk Gambar altantuya

Jawapan tertangguh misteri kematian Altantuya mesti didedah

Seorang lagi anggota parlimen kerajaan menyatakan sokongan supaya siasatan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibuka semula.
Menurut Hanipa Maidin langkah berkenaan wajar diambil demi menegakkan keadilan di negara ini.
Lebih daripada itu anggota parlimen Sepang dari Parti Amanah Negara berkenaan menyatakan, ada beberapa isu "misteri" yang melatari siasatan serta perbicaraan kes berkenaan.
"Kenapa ada OKT (orang kena tuduh) diberi jaminan sebelum bicara bagi kes seserius itu?
"Mengapa peguam negara tidak membuat rayuan selepas OKT tersebut dibebaskan pada akhir kes pendakwaan?
"Mengapa hakim yang agak junior ditugaskan mendengar kes berkenaan?
"Siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya dan mengapa dia dibunuh?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Altantuya ialah wanita Mongolia yang mempunyai hubungan dengan salah seorang individu dipercayai Datuk Seri Najib Razak suatu ketika dulu.
Lakukan demi keadilan
Dia dibunuh pada 18 Okt 2006 dan tiga orang dihadapkan ke mahkamat atas insiden berkenaan. Dua daripada mereka ialah anggota polis (ketika itu) Cif Inspektor Azilah Hadri, dan Konstabel Sirul Azhar Umar yang dituduh membunuh Altantuya.
Seorang lagi ialah Abdul Razak Abdullah Baginda yang dikenali sebagai penganalisis keselamatan dan politik yang senada dengan pendirian kerajaan.
Abdul Razak - dituduh bersubahat dalam pembunuhan itu - juga diketahui mempunyai hubungan yang rapat dengan Datuk Seri Najib Razak, iaitu perdana menteri keenam Malaysia.
Azilah dan Sirul Azhar disabitkan kesalahan membunuh dan dihukum mati, manakala Abdul Razak dibebaskan.
Kejatuhan kerajaan BN di tangan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada PRU lalu mendorong pelbagai pihak mendesak kerajaan membuka semula fail siasatan kes itu.
Kata Hanipa beliau pernah membangkitkan isu sikap peguam negara yang tidak membuat rayuan apabila Abdul Razak dibebaskan daripada kesalahan berkenaan.
Selain itu Hanipa berkata kes pembunuhan Altantuya menarik perhatian dunia dan pada masa sama memalukan Malaysia, selain menjatuhkan integriti pelaksanaan undang-undang negara.
"Justeru, demi keadilan tragedi berkenaan perlu didedahkan sewajarnya," kata Hanipa.
Mk.


Demikianlah Artikel [Video Ho, ho siap kau! MP buat laporan polis mahu kes Altantuya dibuka semula] Jawapan tertangguh misteri kematian Altantuya mesti didedah.

Sekianlah artikel [Video Ho, ho siap kau! MP buat laporan polis mahu kes Altantuya dibuka semula] Jawapan tertangguh misteri kematian Altantuya mesti didedah. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video Ho, ho siap kau! MP buat laporan polis mahu kes Altantuya dibuka semula] Jawapan tertangguh misteri kematian Altantuya mesti didedah. dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/05/video-ho-ho-siap-kau-mp-buat-laporan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :