[Video Apa Beza Nya Mat Rempit Dan Samseng Umno] Menabung sikit-sikit, lama-lama dapat 35 beg?

[Video Apa Beza Nya Mat Rempit Dan Samseng Umno] Menabung sikit-sikit, lama-lama dapat 35 beg? - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video Apa Beza Nya Mat Rempit Dan Samseng Umno] Menabung sikit-sikit, lama-lama dapat 35 beg?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video Apa Beza Nya Mat Rempit Dan Samseng Umno] Menabung sikit-sikit, lama-lama dapat 35 beg?
link : [Video Apa Beza Nya Mat Rempit Dan Samseng Umno] Menabung sikit-sikit, lama-lama dapat 35 beg?

Baca juga


[Video Apa Beza Nya Mat Rempit Dan Samseng Umno] Menabung sikit-sikit, lama-lama dapat 35 beg?

Sabtu, 26 Mei 2018

Menabung sikit-sikit, lama-lama dapat 35 beg?


Segala teka teki tentang puluhan beg yang dibawa keluar daripada kediaman yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak akhirnya terjawab. Tiada lagi gossip, tiada lagi spekulasi.
Menurut bos di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Amar Singh, tiga hari diperlukan untuk mengira sejumlah RM114 juta wang tunai daripada 35 buah beg oleh 22 orang pegawai bank – ini tidak termasuk nilai 37 lagi beg yang belum diumumkan nilainya.
“Kita rampas 72 beg dan 35 daripadanya mengandungi wang tunai dalam 26 mata wang,” katanya kepada media hari ini.
Sudah tentu, pendedahan tersebut bukanlah satu ‘penghakiman’ terhadap kes puluhan bilion dana milik negara 1MDB yang didakwa ‘bocor’ memandangkan kes sedang dalam siasatan, begitu juga segala kemungkinan skandal lain jika ada.
Namun untuk mengatakan wang tunai RM114 juta daripada pelbagai negara sebagai tabungan dari kecil juga tidak masuk akal.
Apa yang pasti, pendedahan sedemikian (belum termasuk segala jenis kekayaan dan perbelanjaan mewah lagi) sudah tentu memberi imej tidak elok kepada Datuk Seri Najib, isterinya dan Barisan Nasional (BN) yang pernah dikemudinya sebelum ini.
Lebih-lebih lagi Datuk Seri Najib merupakan salah seorang pemimpin UMNO yang sebelum ini galak melaungkan slogan wasatiyyah atau kesederhanaan yang diterapkan dalam pentadbiran kerajaan sehingga tertubuhnya Institut Wasatiyyah Malaysia di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri.
Meskipun konsep wasatiyyah Najib yang terdiri dari lima teras itu bertujuan mengekang fahaman radikalisme dan bertujuan memupuk keharmonian, adakah konsep yang dilaungkan itu tidak relevan untuk dijadikan garis panduan gaya hidup mereka sebelum ini?
Cakap-cakap tentang kemewahan gaya hidup pemimpin UMNO bagaimanapun bukan dongeng – walaupun masih dalam siasatan: wang siapa, untuk apa, dari mana datangnya – itu tetap tidak menghalang rakyat terus mengajukan soalan: “Kalau iya pun, kenapa perlu simpan dalam rumah termasuk peti-peti besi?”
Selain Najib dengan puluhan beg; rampasan wang tunai berjumlah RM500,000 daripada rumah seorang lagi pemimpin UMNO iaitu bekas pengerusi Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Rahim turut menarik perhatian.
Kenyataan bercanggah Aziz mengenai kepemilikan wang tersebut tidak mengurangkan rasa jijik rakyat terhadap kekayaan ‘luar biasa’ pemimpin-pemimpin UMNO tatkala rakyat berhempas pulas mengikat belanja.
Soalnya, siapa lagi yang bakal kena kutip? – Roketkini.com


Demikianlah Artikel [Video Apa Beza Nya Mat Rempit Dan Samseng Umno] Menabung sikit-sikit, lama-lama dapat 35 beg?

Sekianlah artikel [Video Apa Beza Nya Mat Rempit Dan Samseng Umno] Menabung sikit-sikit, lama-lama dapat 35 beg? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video Apa Beza Nya Mat Rempit Dan Samseng Umno] Menabung sikit-sikit, lama-lama dapat 35 beg? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/05/video-apa-beza-nya-mat-rempit-dan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :