Tarikh majlis angkat sumpah MB Negeri Sembilan belum jelas.

Tarikh majlis angkat sumpah MB Negeri Sembilan belum jelas. - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tarikh majlis angkat sumpah MB Negeri Sembilan belum jelas., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tarikh majlis angkat sumpah MB Negeri Sembilan belum jelas.
link : Tarikh majlis angkat sumpah MB Negeri Sembilan belum jelas.

Baca juga


Tarikh majlis angkat sumpah MB Negeri Sembilan belum jelas.

Khamis, 10 Mei 2018

Tarikh majlis angkat sumpah MB Negeri Sembilan belum jelas


Masih belum ada tarikh jelas bila menteri besar Negeri Sembilan akan angkat sumpah.
Bagaimanapun, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Negeri Sembilan mengesahkan namanya sudah diketengahkan sebagai calon menteri besar kepada Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
"Hari ini saya menyerahkan surat temu janji daripada presiden HARAPAN berhubung temu janji dengan menteri besar baru (kepada Yang Dipertuan Besar).
"Nama yang diserahkan oleh presiden HARAPAN adalah Aminuddin Harun.
"Syukur, semua berjalan lanca. Insya-Allah, Tuanku (Muhriz) memaklumkan majlis angkat sumpah menteri besar akan diadakan secepat mungkin," kata Aminuddin kepada pemberita.
Beliau ditemui ketika meninggalkan Istana Seri Menanti yang merupakan kediaman rasmi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Ketika diminta mengulas lanjut jika ada tarikh tertentu majlis angkat sumpah itu diadakan, beliau menegaskan ia terpulang kepada Tuanku Muhriz.
Tambah Aminuddin, kesemua 20 wakil dewan undangan negeri HARAPAN negeri itu berkumpul di istana bagi mengadap Yang Dipertuan Besar selepas menerima jemputan.
Ia perjumpaan yang mesra dengan Tuanku Muhriz, katanya, dan menambah bahawa antara yang dibincangkan adalah isu negeri dan pembangunan Negeri Sembilan.
Selepas menang majoriti mudah dengan memenangi 20 daripada 36 kerusi DUN semalam, HARAPAN Negeri Sembilan kini boleh menubuhkan kerajaan negeri.
Malaysiakini.


Demikianlah Artikel Tarikh majlis angkat sumpah MB Negeri Sembilan belum jelas.

Sekianlah artikel Tarikh majlis angkat sumpah MB Negeri Sembilan belum jelas. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tarikh majlis angkat sumpah MB Negeri Sembilan belum jelas. dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/05/tarikh-majlis-angkat-sumpah-mb-negeri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :