PERBEZAAN PENDAPAT BOLEH GUGAT KERAJAAN PH

PERBEZAAN PENDAPAT BOLEH GUGAT KERAJAAN PH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PERBEZAAN PENDAPAT BOLEH GUGAT KERAJAAN PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PERBEZAAN PENDAPAT BOLEH GUGAT KERAJAAN PH
link : PERBEZAAN PENDAPAT BOLEH GUGAT KERAJAAN PH

Baca juga


PERBEZAAN PENDAPAT BOLEH GUGAT KERAJAAN PH





KERAJAAN baharu Pakatan Harapan (PH) diketuai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang mula melaksanakan tugas selepas jawatan-jawatan diisi selepas seminggu Pilihan Raya Umum ke-14.

Banyak gagasan-gagasan idealistik timbul dalam tempoh awal ini, seperti penstrukturan semula tol, reformasi pendidikan dan lain-lain.

Walaupun tumpuan kerajaan baharu nampaknya terus berlegar sekitar dakwaan kesalahan pemimpin kerajaan terdahulu, aktivis dari pelbagai kumpulan telah mula bersuara.

Di pihak liberal, mereka menuntut dasar-dasar lama dihapus manakala di pihak konservatif, kebimbangan sudah mula terzahir berhubung dasar pendidikan pro-bahasa Inggeris yang dipercayai mahu dikembalikan oleh perdana menteri.

Di kalangan ahli parti komponen PH sendiri sebenarnya ramai aktivis seni dan budaya pencinta bahasa Melayu yang pernah berdemonstrasi menentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Sejauh mana mereka akan berani dan beriltizam memperjuangkan bahasa Melayu dalam kerajaan baharu PH ini lambat laun akan diuji.

Kepelbagaian pendapat sangat luas dalam kerajaan PH dan parti-parti yang membentuk PH, daripada golongan yang disebut liberal hingga yang didakwa Islamis atau ekstremis.

Ini mencetuskan kebimbangan di kalangan pendukung PH sendiri, yang bimbang pengaruh kumpulan lawan mereka menjadi lebih kuat.

Baru-baru ini, kumpulan liberal penyokong PH menolak pelantikan Dr. Maszlee Malik sebagai menteri pelajaran kerana didakwa berfahaman pelampau Islam.

Sesetengah kumpulan Islam Ahli Sunnah juga bimbang dengan pelantikan Maszlee yang didakwa cenderung kepada Salafi.

Kumpulan liberal juga suka dengan peranan yang dimainkan oleh Mahathir sebagai benteng menahan gelombang Islam, atau Islam seperti yang menjadi pegangan arus perdana.

Mahathir diketahui mempunyai pandangan yang lebih terbuka dan tidak bersetuju dengan pegangan seperti mewajibkan pemakaian tudung oleh wanita Islam.

Dalam banyak isu tentang Islam, sebahagian besar PH bersatu hati, tetapi ada beberapa isu lain yang mereka bertentangan.

Pandangan Mahathir, Parti Amanah Negara (PAN) dan penyokong-penyokong mereka sangat dekat dan dianggap progresif, dan ini akan ditonjolkan melalui dasar-dasar kerajaan ini nanti.

Tetapi isu seperti bahasa, Islam Ahli Sunnah dan lain-lain mungkin boleh menimbulkan masalah kepada gabungan PH nanti.

Ini belum lagi diambil kira perbezaan kumpulan politik antara Mahathir dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua pemimpin ini sudah mempunyai rangkaian penyokong yang besar, dari peringkat akar umbi hingga peringkat taikun industri.

Masing-masing juga mempunyai pengikut fanatik yang sedia mengiyakan segala tindakan mereka.

Perbezaan ini boleh menyebabkan pertembungan antara kedua-dua tokoh ini, lebih-lebih lagi kalau Anwar semakin besar peranannya dalam kerajaan.

Kedua-dua Mahathir dan Anwar ialah pemimpin besar, dan mereka semestinya tidak akan membiarkan peranan mereka dikecilkan atau dipinggirkan.




Demikianlah Artikel PERBEZAAN PENDAPAT BOLEH GUGAT KERAJAAN PH

Sekianlah artikel PERBEZAAN PENDAPAT BOLEH GUGAT KERAJAAN PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PERBEZAAN PENDAPAT BOLEH GUGAT KERAJAAN PH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/05/perbezaan-pendapat-boleh-gugat-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :