`JANGAN TUNDUK DESAKAN ISLAM LIBERAL'

`JANGAN TUNDUK DESAKAN ISLAM LIBERAL' - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul `JANGAN TUNDUK DESAKAN ISLAM LIBERAL', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : `JANGAN TUNDUK DESAKAN ISLAM LIBERAL'
link : `JANGAN TUNDUK DESAKAN ISLAM LIBERAL'

Baca juga


`JANGAN TUNDUK DESAKAN ISLAM LIBERAL'






Kuala Lumpur: Kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) diharap tidak tunduk pada sebarang 'suara' yang membawa kepada gaya hidup Islam liberal.

Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (PINTA), Mohd Zahid Mahmood, berkata pemimpin Islam di negara ini wajar mengetepikan perbezaan ideologi dan fahaman politik dalam menangani ancaman serta musuh yang ingin mengubah Malaysia seperti negara Barat.

"Suara yang cenderung kepada liberalisme dan tidak mendokong agama sebelum ini memang sering kedengaran, tetapi kita khuatir ia semakin meruncing.

"Kita memang menolak gerakan seperti ini, justeru diharapkan pemimpin Islam seluruh negara bersatu untuk meletakkan Islam di tempat yang sewajarnya," katanya kepada pemberita, hari ini.

Sejak kebelakangan ini, media melaporkan wujud desakan supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dihapuskan secepat mungkin, kononnya demi kesejahteraan negara.

Suara sumbang oleh segelintir pihak itu turut menuntut supaya operasi yang membendung kegiatan khalwat dalam kalangan umat Islam dihentikan kerana dikatakan bercanggah dengan hak asasi manusia.

Sementara itu, Mohd Zahid berkata, PINTA yang dianggotai hampir 700 institusi tahfiz, membabitkan kira-kira 70,000 pelajar di seluruh negara, malam ini mengadakan solat hajat perdana dan doa selamat.

Mengambil keberkatan Ramadan, katanya, ia bertujuan untuk mendoakan supaya kasih antara pemimpin Islam di Malaysia saling bertaut, sekali gus memadam kebencian yang mungkin timbul angkara pelbagai perkara sebelum ini.

"Kita doa, insya-Allah pemimpin Islam dilindungi daripada fitnah didalangi anasir yang ingin melagakan umat Islam supaya terus berpecah dan lemah," katanya.

Mengulas hasrat kepada kerajaan, Mohd Zahid berharap, peruntukan kewangan untuk memperkasa institusi tahfiz tidak terkubur, sebaliknya terus disalur dan ditambah mengikut keperluan semasa.

Katanya, sengketa yang mungkin timbul angkara politik harus diketepikan supaya pelbagai inisiatif mengangkat martabat pendidikan dan keselamatan institusi tahfiz dirintis kerajaan terdahulu diperkukuhkan.

"Kami harap segala bajet yang diluluskan sebelum ini, merangkumi peruntukan untuk menaik taraf aspek keselamatan dan pendidikan tahfiz tidak disekat, sebaliknya terus disalur serta ditambah," katanya.




Demikianlah Artikel `JANGAN TUNDUK DESAKAN ISLAM LIBERAL'

Sekianlah artikel `JANGAN TUNDUK DESAKAN ISLAM LIBERAL' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel `JANGAN TUNDUK DESAKAN ISLAM LIBERAL' dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/05/jangan-tunduk-desakan-islam-liberal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :