GERAKAN KUMPUL SEJUTA TANDATANGAN 25 TUNTUTAN MELAYU

GERAKAN KUMPUL SEJUTA TANDATANGAN 25 TUNTUTAN MELAYU - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul GERAKAN KUMPUL SEJUTA TANDATANGAN 25 TUNTUTAN MELAYU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : GERAKAN KUMPUL SEJUTA TANDATANGAN 25 TUNTUTAN MELAYU
link : GERAKAN KUMPUL SEJUTA TANDATANGAN 25 TUNTUTAN MELAYU

Baca juga


GERAKAN KUMPUL SEJUTA TANDATANGAN 25 TUNTUTAN MELAYU


Gerakan kumpul sejuta tandatangan 25 tuntutan Melayu



Satu inisiatif bagi mengumpul satu juta tandatangan orang Melayu mengenai 25 tuntutan Melayu kepada kerajaan sedang digerakkan.

Inisiatif itu diutarakan oleh seorang peguam, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz menerusi laman sosial Facebook beliau, Buzze Azam.

Beliau yang juga bekas calon Bebas bagi kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menjelaskan, tuntutan itu adalah bersempena sambutan ke-70 penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Meskipun tuntutan-tuntutan itu termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun beliau mendakwa perkara tersebut semakin dilupakan oleh kerajaan.

“Demi kelangsungan hidup bernegara untuk anak cucu kita, marilah bersama-sama menuntut kembali hak yang sememangnya telah termaktub lama dalam Perlembagaan Persekutuan sejak negara merdeka pada tahun 1957 dahulu,” katanya menerusi petisyen yang dimuat naik di laman Facebook beliau sejak semalam.

Antara tuntutan yang dikemukakan termasuk memperkukuhkan Islam sebagai agama Persekutuan menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Petisyen itu juga menuntut supaya digunakan kembali istilah bahasa Melayu seperti diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Antara lain adalah menuntut fasal wajib untuk menggunakan bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi kerajaan termasuk mesyuarat, sidang akhbar, kertas kerja dan pembentangan.

Petisyen tersebut turut menuntut supaya Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 dipinda bagi membolehkan dakwaan dibuat terhadap mana-mana pihak yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi.

Selain itu, perkara lain yang dikemukakan dalam petisyen berkenaan termasuk menuntut sistem persekolahan satu aliran kebangsaan bagi memupuk perpaduan dan keharmonian kaum.




Demikianlah Artikel GERAKAN KUMPUL SEJUTA TANDATANGAN 25 TUNTUTAN MELAYU

Sekianlah artikel GERAKAN KUMPUL SEJUTA TANDATANGAN 25 TUNTUTAN MELAYU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel GERAKAN KUMPUL SEJUTA TANDATANGAN 25 TUNTUTAN MELAYU dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/05/gerakan-kumpul-sejuta-tandatangan-25.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :