[CAMERON HIGHLANDS] PELAJAR TAHFIZ KONGSI ILMU DI KAMPUNG ORANG ASLI

[CAMERON HIGHLANDS] PELAJAR TAHFIZ KONGSI ILMU DI KAMPUNG ORANG ASLI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [CAMERON HIGHLANDS] PELAJAR TAHFIZ KONGSI ILMU DI KAMPUNG ORANG ASLI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [CAMERON HIGHLANDS] PELAJAR TAHFIZ KONGSI ILMU DI KAMPUNG ORANG ASLI
link : [CAMERON HIGHLANDS] PELAJAR TAHFIZ KONGSI ILMU DI KAMPUNG ORANG ASLI

Baca juga


[CAMERON HIGHLANDS] PELAJAR TAHFIZ KONGSI ILMU DI KAMPUNG ORANG ASLI



Pelajar Tahfiz kongsi ilmu di kampung Orang Asli



Menjadi imam solat tarawih di perkampungan Orang Asli Kampung Boh di sini nyata memberi pengalaman yang cukup bermakna buat tiga pelajar Tahfiz Darul Ulum Al Islamiah Sungai Salan, Jerantut.

Mereka ‘berkampung’ di situ sejak 1 Ramadan dan dijangka pulang pada 27 Ramadan bagi mengendalikan program keagamaan membabitkan komuniti Orang Asli di kampung berkenaan.

Bagi seorang pelajar, Mohd Aliff Surdin, 22, pengalaman itu cukup manis baginya kerana selain mengimamkan solat tarawih, mereka turut terlibat dengan kelas fardu ain, kelas mengaji al-Quran serta perkara melibatkan fardu kifayah untuk komuniti setempat.

Menurutnya, sambutan aktiviti keagamaan sangat menggalakkan dalam kalangan penduduk Orang Asli kampung.

“Setiap hari kita solat fardu dan solat tarawih berjemaah di masjid. Lebih menggembirakan apabila melihat penduduk datang lebih awal sebelum azan.

“Jelas di sini mereka sangat dahagakan ilmu agama malah setiap kali kelas mengaji dapat dilihat antara 30 hingga 50 penduduk dari pelbagai peringkat umur menghadiri kelas,” katanya di sini, kelmarin.

Seorang lagi pelajar Fariz Irfan Zainal, 16, berkata, kehadiran mereka ke perkampungan itu turut membawa nama baik sekolah tahfiz kepada komuniti luar khususnya dalam kalangan masyarakat Orang Asli.

Tambahnya, biarpun terpaksa tinggal di kawasan pedalaman dan jauh dari bandar namun itu bukan alasan untuk terus menyumbang bakti kepada mereka yang memerlukan pendedahan mengenai ilmu agama.

“Pernah berlaku kematian di kampung ini dan kami turut membantu menguruskannya bermula dari mandi, kafan, solat dan kebumikan jenazah.

“Biarpun sedikit gemuruh untuk mengetuai solat tarawih di tempat asing namun kami perlu memanfaatkan peluang yang ada untuk menimba pengalaman selain memberi manfaat kepada penduduk setempat,” katanya.




Demikianlah Artikel [CAMERON HIGHLANDS] PELAJAR TAHFIZ KONGSI ILMU DI KAMPUNG ORANG ASLI

Sekianlah artikel [CAMERON HIGHLANDS] PELAJAR TAHFIZ KONGSI ILMU DI KAMPUNG ORANG ASLI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [CAMERON HIGHLANDS] PELAJAR TAHFIZ KONGSI ILMU DI KAMPUNG ORANG ASLI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/05/cameron-highlands-pelajar-tahfiz-kongsi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :