Judul : Tak bijak Umno calonkan Isa Samad, kata penganalisis
link : Tak bijak Umno calonkan Isa Samad, kata penganalisis
Tak bijak Umno calonkan Isa Samad, kata penganalisis
13/4/18
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berkata, Barisan Nasional (BN) kurang bijak jika memilih bekas pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sebagai calonnya pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ia susulan laporan mengatakan nama pemimpin Umno kontroversi itu sudah diserahkan kepada pucuk pimpinan BN sebagai calon berpotensi.
Bercakap kepada FMT, Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, pencalonan Isa akan memberi tanggapan BN kekurangan calon berintegriti.
"Bukan sahaja beliau boleh kalah, tetapi pencalonannya boleh menyebabkan calon BN yang lain, terutamanya di Negeri Sembilan, kalah."
Kamarul berkata, imej Isa di mata rakyat tidak baik disebabkan dakwaan kaitannya dengan skandal Felda dan penahanan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ogos 2017.
Isa dibebaskan selepas direman 5 hari, di mana peguamnya berkata, anak guamnya bukan suspek dan hanya dipanggil untuk membantu siasatan.
Kamarul berkata, walaupun Isa ialah pemimpin Umno, tetapi beliau tidak mampu menang dengan undi penyokong Umno sahaja.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu tegas kerana Isa bukan sahaja dikaitkan dengan masalah Felda, tetapi juga pernah digantung kerana politik wang dalam Umno."
Pada 2005, Isa digantung Umno selama 6 tahun susulan tuduhan penglibatannya dalam politik wang.
Kamarul berkata, Isa perlu digugurkan kerana ada ramai calon muda lain.
"Umno harus meletakkan calon terbaik. Menurunkan Isa sama seperti melepaskan kerusi itu."
Sementara itu, aktivis Felda, Mazlan Aliman terkejut dengan laporan Isa sedang dipertimbangkan sebagai calon BN.
"Apa yang berlaku kepada kenyataan SPRM, mereka sudah saring calon-calon BN?
"Ini memberi tanggapan BN tidak sensitif dari segi integriti."
Semalam, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata, nama Isa termasuk dalam senarai calon negeri itu yang dihantar kepada Najib Selasa lalu untuk pertimbangan.
Ini kerana, katanya, Isa adalah ketua Umno Bahagian Teluk Kemang dan penyandang kerusi Parlimen Jempol.

Bekas pengerusi Felda, Isa Samad adalah ketua Umno Bahagian Telok Kemang dan ahli Parlimen Jempol.
Demikianlah Artikel Tak bijak Umno calonkan Isa Samad, kata penganalisis
Sekianlah artikel Tak bijak Umno calonkan Isa Samad, kata penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tak bijak Umno calonkan Isa Samad, kata penganalisis dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/04/tak-bijak-umno-calonkan-isa-samad-kata.html