[KUANTAN] KERJA BERTERUSAN SELEPAS PRU13

[KUANTAN] KERJA BERTERUSAN SELEPAS PRU13 - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] KERJA BERTERUSAN SELEPAS PRU13, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] KERJA BERTERUSAN SELEPAS PRU13
link : [KUANTAN] KERJA BERTERUSAN SELEPAS PRU13

Baca juga


[KUANTAN] KERJA BERTERUSAN SELEPAS PRU13



Kerja berterusan selepas PRU13




Kerja berterusan BN Paya Besar sejak lima tahun lalu mendekati rakyat di kawasan pastinya menjadi senjata utama pada PRU14 tidak lama lagi.

Ketua Penerangan Umno Paya Besar, Dato' Mohd Zaili Besar berkata, perkara itu menjadi fokus selepas diberi mandat oleh pengundi selepas PRU13.

Menurutnya, gerak kerja daripada akar umbi sudah lama digerakkan.

“Kita tidak menunggu lima tahun sekali bekerja untuk rakyat.

“Sebaliknya kerja-kerja ini sudah lama dibuat termasuk pembangunan yang dibangunkan di Paya Besar,” katanya kepada media selepas Majlis Penyampaian Beg Sekolah Pelajar Miskin anjuran Pertubuhan Kebajikan Keluarga Miskin( PKKM) Pahang dan Kelab Mahasiswa Paya Besar, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pemuda Umno Paya Besar merangkap Ketua Pemuda Umno Pahang, Mohd Shahar Abdullah.

Mohd Zaili berkata, banyak pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan adalah usaha oleh BN Paya Besar.

Beliau berkata, walaupun ketiadaan Ketua Bahagian, Allahyarham Dato' Sri Abdul Manan Ismail dan Allahyarham Adun Lepar, Dato' Sohaimi Jusoh namun jentera parti terus komited meneruskan perjuangan.

“Kita meneruskan perjuangan yang ditinggalkan kedua-duanya dan saya yakin Paya Besar masih mendapat sokongan kuat daripada rakyat.

“Pengumuman beberapa projek pembangunan infrastruktur oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak sebelum ini adalah untuk keselesaan rakyat di Paya Besar,” katanya.

Mohd Zaili juga melahirkan keyakinan dengan manifesto yang dibentangkan Presiden Parti sebelum ini yang menumpukan kepada kebajikan rakyat.

Pada majlis itu, seramai 200 murid miskin menerima sumbangan sekolah dan wang tunai disampaikan Mohd Zaili.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] KERJA BERTERUSAN SELEPAS PRU13

Sekianlah artikel [KUANTAN] KERJA BERTERUSAN SELEPAS PRU13 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] KERJA BERTERUSAN SELEPAS PRU13 dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/04/kuantan-kerja-berterusan-selepas-pru13.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :