Judul : [KUALA KRAU] KERAJAAN IKTIRAF KHIDMAT PESARA
link : [KUALA KRAU] KERAJAAN IKTIRAF KHIDMAT PESARA
[KUALA KRAU] KERAJAAN IKTIRAF KHIDMAT PESARA
Kerajaan mengiktiraf pesara kerajaan kerana pengalaman serta kepakaran mereka sangat membangunkan negara.
Ketua Penerangan Umno Bahagian Kuala Krau Dato' Sri Mohamed Jaafar berkata, justeru mereka ada keistimewaan seperti kemudahan rawatan kesihatan dan perubatan percuma, bayaran tambang murah pengangkutan dan sebagainya kepada golongan terbabit.
"Pesara ini adalah tunjang negara yang menjadikan negara maju serta membangun sepertimana yang dikecapi kini.
"Segala jasa dan perkhidmatan pesara itu tidak boleh dibayar dengan wang ringgit,"katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra Bersama Pesara Kerajaan Parlimen Kuala Krau.
Beliau turut menyarankan golongan muda supaya sentiasa mendekati golongan ini untuk belajar meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Tambahnya, walaupun cara perkhidmatan kini berbeza dengan masa lalu yang banyak mengunakan tenaga manusia, tetapi pengalaman bertugas terutamanya dalam merancang berjaya dilakukan.
Dalam pada itu beliau mengingatkan orang ramai khususnya golongan muda jangan memandang remeh jasa pesara, kerana setiap pengorbanan itu sangat berguna kepada rakyat dan negara.
"Kepakaran dan pengalaman serta kebolehan di luar jangkaan itu membolehkan setiap projek dirancang menepati matlamat,"katanya.
Demikianlah Artikel [KUALA KRAU] KERAJAAN IKTIRAF KHIDMAT PESARA
Sekianlah artikel [KUALA KRAU] KERAJAAN IKTIRAF KHIDMAT PESARA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KUALA KRAU] KERAJAAN IKTIRAF KHIDMAT PESARA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/04/kuala-krau-kerajaan-iktiraf-khidmat.html