Judul : KELUAR MASUK, KELUAR MASUK HI, HI, HI, INI MACAM PUNYA ORANGPUN ADA ?
link : KELUAR MASUK, KELUAR MASUK HI, HI, HI, INI MACAM PUNYA ORANGPUN ADA ?
KELUAR MASUK, KELUAR MASUK HI, HI, HI, INI MACAM PUNYA ORANGPUN ADA ?
LAWAK BETUL LA PAN NI,
NI NAK KHABAQ APA KAT RAKYAT ?
NI LA SIKAP ANGGOTA PAN ?
TAPI TAK PA, TENTUKAN HANG JADI CALON KAT KOTA RAJA,
KALO DEPA TAK BAGI, HANG KELUAR BALIK, BIAQ PADAN MUKA MAT SABU,
AKAI ADA KA ? ORANG BUAT KERJA SUSAH PAYAH TETIBA SENANG-SENANG MAT SABU NAK TENGGEK TEMPAT TU, HI HI HI BANYAK CANTIK ?
HANG PI TEMPAT LAIN LA MAT ! PI LA MINTA KAT DAP TEMPAT YANG JAMIN MENANG, HANG KACAU TEMPAT MEMBER BUAT APA !!!
-Pak Karamu-
Jaafar kembali ke pangkuan Amanah
Jaafar Samsuddin
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Bekas pengarah pilihan raya Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor Jaafar Samsuddin hari ini membuat pusingan ‘U’ apabila memutuskan untuk kembali ke pangkuan parti berkenaan selepas bertindak keluar parti pada Rabu lalu.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, bermula hari ini Jaafar akan bersama-sama jentera parti dalam menghadapi PRU14 pada 9 Mei ini.
“Jaafar akan bertugas sebagai anggota Amanah dan Ketua Kawasan Kota Raja. Berhubung jawatan beliau sebagai pengarah pilihan raya Amanah Selangor ia akan dibawa dalam perbincangan di peringkat nasional,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Jaafar di sebuah hotel di sini hari ini.
Pertemuan kira-kira sejam itu turut dihadiri antaranya Penolong Setiausaha Amanah Kota Raja, Mohd Norddin Che Omar dan Pengerusi Biro Integrasi Amanah Selangor, S Lakshamanan.
Sementara itu, Jaafar berkata, beliau akan menghantar surat kepada Setiausaha Agung Amanah hari ini berhubung hasratnya untuk menyertai semula parti berkenaan.
Pada Rabu lalu, Jaafar yang keluar daripada Pas dan menyertai Amanah pada 2016, dilaporkan bertindak keluar parti kerana kecewa dengan sikap kepimpinan parti yang tidak menghiraukan suara anggota parti serta atas beberapa alasan peribadi. - Bernama
Demikianlah Artikel KELUAR MASUK, KELUAR MASUK HI, HI, HI, INI MACAM PUNYA ORANGPUN ADA ?
Sekianlah artikel KELUAR MASUK, KELUAR MASUK HI, HI, HI, INI MACAM PUNYA ORANGPUN ADA ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KELUAR MASUK, KELUAR MASUK HI, HI, HI, INI MACAM PUNYA ORANGPUN ADA ? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/04/keluar-masuk-keluar-masuk-hi-hi-hi-ini.html