Judul : SAH PAN PARTI MELAYU TEGAR
link : SAH PAN PARTI MELAYU TEGAR
SAH PAN PARTI MELAYU TEGAR
WOIT ? PARTI MELATU TEGAR , TUHAN TIDAK IKTIRAF MELAYU. MELAYU TUHAN JADIKAN SEMATA-MATA UNTUK KAMU MENGENALI ANTARA SATU BUDAYA DENGAN BUDAYA LAIN.
WOIT MELAYU, JANGAN KAMU DENGAR SERUAN KEPALA PAN ITU KELAK NANTI KAMU AKAN DISAMBAR API NERAKA !
WOIT MELAYU ?
JANGAN KERANA PAKATAN HARAPAN KAMU HILANG ISLAM SEBAGAI AGAMA PEGANGAN KAMU.
WOIT MELAYU !
JANGAN KERANA PAN, BERSATU,DAP DAN PKR KAMU AKAN HILANG AGAMA ISLAM PADA PEGANGAN KAMU, RAJIN-RAJIN LA BACA AL-QURAN DAN HADIS SUPAYA JANGAN JADI MELAYU ISLAM YANG SESAT.
DAH LAMA TUNGGU TEMBELANG PAN NI HARI NI BARU KELUAR. JADI ?
RAKYAT DAN MELAYU BOLEHLAH FIKIR PENDIRIAN PARTI PAN.
HI HI HI HI
TEMBELANG PERJUANGAN PAN SUDAH PECAH BERDERAI !!!
-Pak Karamu-
Jangan kerana BR1M, kita hilang Melayu: Salahuddin
Salahuddin ketika berucap pada Program Muar Kunci ke Putrajaya, malam tadi.
(Ubah saiz teks)
MUAR - Pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang dilaksanakan ketika ini diharap tidak mengaburi mata rakyat khususnya orang Melayu dalam menilai ketelusan dan sikap integriti seseorang pemimpin itu.
Naib Presiden Pakatan Harapan, Salahuddin Ayub berkata, orang Melayu harus menjaga maruah dan identiti mereka agar tidak terhasut dengan ‘dedak’ yang diberikan sehingga menyebabkan hilang nilai sesebuah bangsa itu.
“Jangan kerana BR1M, daripada manusia kita jadi bukan manusia. Jangan kerana BR1M, kita orang Melayu, hilang Melayu kita. Jangan kerana BR1M, kita akan jadi haiwan yang makan dedak.
“Saya minta tolong jangan rendahkan diri Melayu serendah itu. Kita lahir ke dunia ALLAH takdir kita sebagai orang Melayu, sampai kiamat pun kita tak boleh ubah bangsa kita. Tetapi yang mengangkat kita sekiranya kita ini beramanah. Yang memuliakan kita kalau kita jaga negara, jaga hak rakyat. Inilah baru Melayu yang dihormati,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 500 hadirin pada Program Muar Kunci ke Putrajaya di Kampung Sungai Balang, di sini, malam tadi.
Hadir sama, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Salahuddin berkata, integriti Melayu bermaruah seharusnya dipelihara dan tidak dicemarkan dengan sebarang isu termasuk korupsi khususnya jika seorang pemimpin itu adalah berasal daripada anak bangsa Melayu sendiri.
“Bukan Cina yang jadi pengkhianat negara kita, tapi bangsa kita sendiri yang jadi pengkhianat orang Melayu. Dan kerana itulah saya seru kita semua untuk bangun daripada mimpi.
“Cina bukan musuh kita, Lim Kit Siang bukan musuh kita. Tetapi bangsa Melayu sendiri. Orang Melayu ini, bila diberi darjat dan mandat, mereka lupa siapa mereka. Lupa mandat yang diberi, malukan darjat maruah dan bangsa sendiri,” katanya.
Tegas beliau, apa yang dilakukan Harapan ketika ini bukan untuk menjatuhkan maruah Melayu, tetapi berusaha menyelamatkan bangsa tersebut daripada hilang dikaburi pelbagai janji dan pemberian yang hanya bersifat sementara.
Demikianlah Artikel SAH PAN PARTI MELAYU TEGAR
Sekianlah artikel SAH PAN PARTI MELAYU TEGAR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SAH PAN PARTI MELAYU TEGAR dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/03/sah-pan-parti-melayu-tegar.html