Rayuan Kerajaan Selangor ditolak

Rayuan Kerajaan Selangor ditolak - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rayuan Kerajaan Selangor ditolak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rayuan Kerajaan Selangor ditolak
link : Rayuan Kerajaan Selangor ditolak

Baca juga


Rayuan Kerajaan Selangor ditolak

Rayuan Kerajaan Selangor ditolak
Latheefa Koya ketika ditemui pemberita selepas selesai prosiding.
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - Kerajaan Selangor hari ini, gagal dalam rayuan semakan kehakiman yang mencabar syor persempadanan semula Dun dan Parlimen di negeri itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ia selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Ahmadi Asnawi, yang bersidang bersama Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara menolak rayuan kerajaan negeri itu selepas mendapati permohonan berkenaan tidak bermerit.

Melalui penghakiman dibacakan oleh Vernon, korum itu bersetuju dengan hujahan Kerajaan Selangor bahawa mereka mempunyai locus standi (hak yang sah di sisi undang-undang) untuk mencabar cadangan persempadanan itu, kerana ia adalah salah satu entiti dinyatakan di bawah Seksyen 5 Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun korum itu bersetuju dengan hujahan oleh Peguam Kanan Persekutuan bahawa notis
dan cadangan persempadanan itu tidak sepatutnya dikaji semula kerana ia tidak termasuk dalam Peraturan 53 Kaedah 2 (4) Kaedah Mahkamah 2012.

“Kami bersetuju dengan hujahan responden bahawa forum yang sesuai untuk membantah cadangan persempadanan adalah melalui sesi inkuiri tempatan, berdasarkan Seksyen 5 Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Vernon berkata, walaupun dakwaan berhubung salah pembahagian kawasan dan manipulasi pilihan raya (gerrymander) tidak dipertikaikan, Daftar Pemilih prinsipal adalah muktamad dan mengikat serta tidak boleh dicabar di mahkamah mengikut Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958.

“Kami bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi berdasarkan Seksyen 9A Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1958 berkaitan ketepatan daftar pemilih tidak boleh dicabar di mahkamah walaupun daftar pemilih itu tidak merekodkan alamat lengkap semua dalam cadangan persempadanan semula,” katanya.

Mereka juga bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi bahawa maklumat disediakan oleh SPR melalui cadangan persempadanan di bawah notis Seksyen 4 tidak memerlukan campur tangan mahkamah lebih tinggi.
Korum itu bagaimanapun tidak menyentuh hujahan dikemukakan responden, sama ada kes itu kini telah bersifat akademik susulan cadangan persempadanan semula Dun dan Parlimen di negeri itu telah diluluskan, semalam.

Pada 7 Disember 2017, Hakim Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan menolak permohonan semakan kehakiman dikemukakan Selangor, bagi mencabar proses cadangan persempadanan semula di kawasan Parlimen dan Dun negeri terbabit.

Dalam semakan kehakiman itu, Kerajaan Selangor yang diwakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memohon perisytiharan bahawa cadangan persempadanan oleh SPR pada 2016, tidak mematuhi Fasal 2(c) dan 2(d) Perkara 113 (2) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, sehubungan itu ia tidak sah dan terbatal. Sinar Harian


Demikianlah Artikel Rayuan Kerajaan Selangor ditolak

Sekianlah artikel Rayuan Kerajaan Selangor ditolak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rayuan Kerajaan Selangor ditolak dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/03/rayuan-kerajaan-selangor-ditolak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :