[KUANTAN] PBSM PERLU DEKATI INSTITUSI PENDIDIKAN

[KUANTAN] PBSM PERLU DEKATI INSTITUSI PENDIDIKAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] PBSM PERLU DEKATI INSTITUSI PENDIDIKAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] PBSM PERLU DEKATI INSTITUSI PENDIDIKAN
link : [KUANTAN] PBSM PERLU DEKATI INSTITUSI PENDIDIKAN

Baca juga


[KUANTAN] PBSM PERLU DEKATI INSTITUSI PENDIDIKAN



PBSM perlu dekati institusi pendidikan




Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Pahang perlu berkolaborasi dengan institusi pendidikan di negeri ini untuk memperkenalkan fungsinya sekali gus memupuk pelajar dalam bidang kesukarelaan.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Dato' Sri Norol Azali Sulaiman berkata, perkara itu perlu dilakukan memandangkan pelaksanaan dan pendedahannya masih berada pada tahap rendah.

“Bila ada program membabitkan dua pihak ini secara tidak langsung memberi pendedahan positif kepada mereka yang mungkin mempunyai minat dalam bidang perubatan seperti mahu menjadi doktor atau paramedik.

“Selain itu, walaupun mereka kelak tidak berada dalam bidang perubatan, nilai-nilai kesukarelaan itu boleh diteruskan dengan membabitkan diri dalam agensi tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Kesihatan Bersama Masyarakat Tempatan di pusat beli membeli belah Kuantan City Mall, di sini, kelmarin.

Turut hadir, Setiausaha Agung PBSM, Datuk Sayed A. Rahman Sayed Mohd; Naib Pengerusi PBSM, Dr. S Selva Jothi dan Pengerusi PBSM Pahang, Datuk Ismail Mat Noor.

Program tersebut dianjurkan Jawatankuasa Rayuan Derma Darah/ HIV AIDS, Bulan Sabit Merah Malaysia.

Dalam pada itu, di program tersebut, Sayed A. Rahman berkata PBSM turut menyasarkan 100 pek darah menerusi program berkenaan.

“Sebanyak 63,285 pek darah telah dikumpulkan pada tahun lalu berbanding 56,855 pek darah pada 2016.

“Peningkatan jumlah pek darah dikumpulkan telah menunjukkan lebih ramai masyarakat menyedari kepentingan menderma darah.

“Ini adalah perspektif PBSM untuk membantu lebih ramai golongan memerlukan melalui kerjasama dengan agensi tabung darah dan kita berharap usaha seperti ini sentiasa mendapat sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya dalam kalangan masyarakat,” katanya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] PBSM PERLU DEKATI INSTITUSI PENDIDIKAN

Sekianlah artikel [KUANTAN] PBSM PERLU DEKATI INSTITUSI PENDIDIKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] PBSM PERLU DEKATI INSTITUSI PENDIDIKAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/03/kuantan-pbsm-perlu-dekati-institusi.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :