[Video Tun Mahathir Di Kampung Orang Asli Chini, Pekan] Orang Asli pilih Dr Mahathir berbanding program ‘gula-gula’.

[Video Tun Mahathir Di Kampung Orang Asli Chini, Pekan] Orang Asli pilih Dr Mahathir berbanding program ‘gula-gula’. - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video Tun Mahathir Di Kampung Orang Asli Chini, Pekan] Orang Asli pilih Dr Mahathir berbanding program ‘gula-gula’., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video Tun Mahathir Di Kampung Orang Asli Chini, Pekan] Orang Asli pilih Dr Mahathir berbanding program ‘gula-gula’.
link : [Video Tun Mahathir Di Kampung Orang Asli Chini, Pekan] Orang Asli pilih Dr Mahathir berbanding program ‘gula-gula’.

Baca juga


[Video Tun Mahathir Di Kampung Orang Asli Chini, Pekan] Orang Asli pilih Dr Mahathir berbanding program ‘gula-gula’.

Rabu, 28 Februari 2018

Dr Mahathir Mohamad hari ini bertemu dengan Orang Asli di Kampung Gumum, Pekan dalam jelajahnya ke kawasan Najib Razak itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 Februari, 2018.
Dr Mahathir Mohamad hari ini bertemu dengan Orang Asli di Kampung Gumum, Pekan dalam jelajahnya ke kawasan Najib Razak itu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 28 Februari, 2018.

Orang Asli pilih Dr Mahathir berbanding program ‘gula-gula’


Orang Asli pilih Dr Mahathir berbanding program ‘gula-gula’

 Acara karaoke BN setiap lagu RM50-Majlis itu bagaimanapun tidak mendapat sambutan Orang Asli berbanding majlis Dr Mahathir yang dihadir kira-kira 150 orang. – Gambar The Malaysian Insight, 28 Februari, 2018.

HARI Dr Mahathir Mohamad melawat perkampungan Orang Asli di Pekan, Pahang, hari yang sama jugalah Barisan Nasional (BN) menganjurkan pertandingan karaoke dan cabutan bertuah.
Bekas perdana menteri yang kini menerajui pembangkang itu dijadualkan tampil di Kampung Gumum. Pada masa sama, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) menganjurkan sebuah majlis lain di kampung sebelah, Ulu Gumum.
Sumber setempat mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chini Abu Bakar Harun adalah dalang di sebalik majlis tiba-tiba diadakan hari ini yang bertujuan menarik penduduk kampung supaya tidak hadir ke majls pembangkang.
Tetapi, poster majlis itu tidak menampilkan logo BN dan ia dianjurkan oleh JKKK.
Majlis itu adalah acara karaoke dan penduduk kampung diberikan bayaran RM50 untuk setiap lagu.
Acara cabutan bertuah juga diadakan, dan antara hadiahnya adalah peralatan elektrik (mesin basuh, kipas, pembakar roti) serta joran memancing.
Bagaimanapun, majlis itu tidak menerima sambutan apabila kurang 30 orang hadir sedangkan majlis Dr Mahathir dihadiri sekurang-kurangnya 150 orang.
Awal hari ini juga, penduduk setempat mendakwa lebih 100 pelajar Orang Asli dari SK Tasik Chini diberikan RM100 seorang sebagai subsidi pendidikan.
Seorang penduduk tempatan, Muhamad Anak Lelaki Kassim mengatakan majlis itu diadakan untuk menggambarkan Dr Mahathir kononnya tidak menerima sokongan di kawasan itu.
“Mereka tahu Tun (Dr Mahathir) di sini jadi mereka cuba lawan. Semuanya tiba-tiba. Karaoke dan cabutan bertuah barangan elektrik,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Seorang lagi penduduk, Suzadi Nubi mengatakan pengaruh pembangkang di Pekan sedang berkembang dan BN cuba sedaya upaya menghentikannya.
“Ini kali pertama. Tak pernah jadi macam ini. Mereka betul-betul terdesak,” katanya.
Bagaimanapun, penduduk tempatan mengatakan mereka sudah muak dengan pemerintahan BN kerana tidak banyak pembangunan berlaku walaupun sudah memerintah berdekad lamanya.
“Tiada perubahan di sini. Sudah tiga PM tetapi tiada apa-apa. Dalam lima tahun lepas, kami masih begini,” kata Muhamad.
Dr Mahathir dalam ucapan ringkasnya memberitahu Orang Asli bahawa Pakatan Harapan akan menjaga komuniti berkenaan. 
"Saya berjanji akan menangani masalah yang dihadapi oleh orang asli. Pada masa yang mungkin ramai orang mendapat manfaat tetapi tiada siapa yang perlu menggali bauksit, "katanya. – 28 Februari, 2018.
The Malaysian Insight



Demikianlah Artikel [Video Tun Mahathir Di Kampung Orang Asli Chini, Pekan] Orang Asli pilih Dr Mahathir berbanding program ‘gula-gula’.

Sekianlah artikel [Video Tun Mahathir Di Kampung Orang Asli Chini, Pekan] Orang Asli pilih Dr Mahathir berbanding program ‘gula-gula’. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video Tun Mahathir Di Kampung Orang Asli Chini, Pekan] Orang Asli pilih Dr Mahathir berbanding program ‘gula-gula’. dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/02/video-tun-mahathir-di-kampung-orang.html

Subscribe to receive free email updates: