Judul : [Video "Saya tak ada kuda & tak bagi makan Quinoa" Dr M jawab Najib] Saya akan MENJELMA di Pekan Hari INI, Najib mula panik!
link : [Video "Saya tak ada kuda & tak bagi makan Quinoa" Dr M jawab Najib] Saya akan MENJELMA di Pekan Hari INI, Najib mula panik!
[Video "Saya tak ada kuda & tak bagi makan Quinoa" Dr M jawab Najib] Saya akan MENJELMA di Pekan Hari INI, Najib mula panik!
Rabu, 28 Februari 2018Najib mula panik, fikir secara serius kemenangan PH, kata PKR
PKR berpandangan Datuk Seri Mohd Najib Razak kini semakin panik dengan kebimbangannya sekira Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Pengarah Komunikasinya Fahmi Fadzil berkata, perdana menteri itu, perlu memberi lebih fokus terhadap usaha menjawab pelbagai isu yang telah dibangkit pembangkang hingga kini.
“Kenyataan beliau ini lucu dan sebenarnya cuba mengalih pandangan umum dari pelbagai masalah negara termasuk gejala najis rasuah dan skandal-skandal besar seperti 1MDB yang sedang disiasat di pelbagai negara termasuk oleh DOJ di Amerika Syarikat.
“Kenyataan tersebut juga menunjukkan bahawa DS Najib memilih untuk menyerang pimpinan utama Pakatan Harapan, termasuk Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah, secara peribadi,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau mengulas mengenai sebuah artikel yang dimuat naik
Najib di dalam blognya pada 23 Februari lalu.
Najib telah mengeluarkan satu kenyataan di blog beliau yang menyentuh dua senario yang konon akan berlaku jika atau bila Pakatan Harapan memenangi PRU14.
Menurut Fahmi lagi, apakah dengan memegang kuasa hanya untuk menggondol kekayaan peribadi dan bertindak zalim terhadap musuh-musuh politik?
Oleh itu, ujarnya, pendirian PKR berkenaan isu calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Pakatan Harapan adalah jelas, di mana PKR memegang teguh kepada persetujuan dan pengumuman Pakatan Harapan 7 Januari 2018 lalu.
Ini jelas dengan mengangkat Tun Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.
“Dr Wan Azizah akan memikul tanggungjawab sebagai calon Timbalan Perdana Menteri sedaya upaya sehingga satu waktu di mana Datuk Seri Anwar bersedia dan boleh memasuki semula arena politik negara,” terangnya.
Malaysia Dateline
Demikianlah Artikel [Video "Saya tak ada kuda & tak bagi makan Quinoa" Dr M jawab Najib] Saya akan MENJELMA di Pekan Hari INI, Najib mula panik!
Sekianlah artikel [Video "Saya tak ada kuda & tak bagi makan Quinoa" Dr M jawab Najib] Saya akan MENJELMA di Pekan Hari INI, Najib mula panik! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video "Saya tak ada kuda & tak bagi makan Quinoa" Dr M jawab Najib] Saya akan MENJELMA di Pekan Hari INI, Najib mula panik! dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/02/video-saya-tak-ada-kuda-tak-bagi-makan.html