[Video PPBM fail Saman Pemula keatas ROS] Bersatu fail injunksi ke atas RoS.

[Video PPBM fail Saman Pemula keatas ROS] Bersatu fail injunksi ke atas RoS. - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video PPBM fail Saman Pemula keatas ROS] Bersatu fail injunksi ke atas RoS., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video PPBM fail Saman Pemula keatas ROS] Bersatu fail injunksi ke atas RoS.
link : [Video PPBM fail Saman Pemula keatas ROS] Bersatu fail injunksi ke atas RoS.

Baca juga


[Video PPBM fail Saman Pemula keatas ROS] Bersatu fail injunksi ke atas RoS.

Jumaat, 23 Februari 2018

Bersatu fail injunksi ke atas RoS

Bersatu fail injunksi ke atas RoS
Parti Bersatu yang dipengerusikan Dr Mahathir Mohamad masih belum didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan walaupun permohonan sudah dibuat oleh parti itu sejak tahun lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Februari, 2018. 

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghalang Pendaftar Pertubuhan (RoS) daripada membuat kenyataan terhadap parti yang diketuai oleh Dr Mahathir Mohamad, kata peguam Haniff Khatri Abdulla. 
Peguam yang mewakili Bersatu itu berkata, mereka mahukan deklarasi itu memandangkan RoS tidak berfungsi dalam undang-undang. 
"Sekiranya mereka mengatakan Bersatu tidak mengikut peruntukan dalam perlembagaan, jadi RoS sepatutnya mengikut undang-undang. 
"Apa yang mereka lakukan ialah membuat kenyataan umum bahawa Bersatu boleh tidak didaftarkan dan ia tidak betul. 
"Apa yang RoS lakukan bertentangan dengan undang-undang dan kami mahu hentikan mereka membuat sebarang kenyataan," katanya ketika ditemui di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Bersatu akan bertanding di 52 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke 14 tetapi terhalang dalam masalah dengan RoS yang masih belum mendaftarkannya.Haniff berkata Bersatu memohon empat deklarasi dan injunksi terhadap RoS.
"Bersatu mahu deklarasi RoS bertanggungjawab menjalankan tugas di bawah Akta Pertubuhan dan sekiranya RoS mahu menjalankan sebarang siasatan terhadap Bersatu, ia perlu mengikut peruntukan di bawah Akta Pertubuhan. 
"Bersatu juga mahukan deklarasi kenyataan yang dibuat oleh RoS ialah mala fide dan bertentangan dengan Akta Pertubuhan dan sebarang aduan yang diterima RoS perlu disiasat di bawah akta berkenaan. 
"Akhir sekali, injunksi bagi menghalang RoS daripada membuat sebarang kenyataan sehingga prosiding mahkamah berakhir."
Haniff berkata RoS perlu hentikan membuat kenyataan Bersatu melanggar peraturannya dan boleh untuk tidak didaftarkan.
"Kenyataan RoS bahawa Bersatu telah membuat pelbagai kesalahan di bawah perlembagaan dan Akta Pertubuhan disiarkan media pada November 2017 dan awal tahun ini. 
"Bersatu telah cuba hubungi RoS tetapi tiada sebarang maklum balas."
Haniff berkata sejak Bersatu didaftarkan pada 2016 ia mematuhi perlembagaannya yang diluluskan oleh RoS. 
"Kami berharap mahkamah dapat melihat perkara ini dan memberikan penghakiman yang adil berhubung sama ada RoS telah melanggar sebarang undang-undang. – 22 Februari, 2018. 
The Malaysian Insight.



Demikianlah Artikel [Video PPBM fail Saman Pemula keatas ROS] Bersatu fail injunksi ke atas RoS.

Sekianlah artikel [Video PPBM fail Saman Pemula keatas ROS] Bersatu fail injunksi ke atas RoS. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video PPBM fail Saman Pemula keatas ROS] Bersatu fail injunksi ke atas RoS. dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/02/video-ppbm-fail-saman-pemula-keatas-ros.html

Subscribe to receive free email updates: