[Video Pakatan Harapan saman ROS] SAMAN ROS KEPUTUSAN TEPAT! Susah sangatkah memberi jawapan 'berjaya' atau 'tidak berjaya' itu?

[Video Pakatan Harapan saman ROS] SAMAN ROS KEPUTUSAN TEPAT! Susah sangatkah memberi jawapan 'berjaya' atau 'tidak berjaya' itu? - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video Pakatan Harapan saman ROS] SAMAN ROS KEPUTUSAN TEPAT! Susah sangatkah memberi jawapan 'berjaya' atau 'tidak berjaya' itu?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video Pakatan Harapan saman ROS] SAMAN ROS KEPUTUSAN TEPAT! Susah sangatkah memberi jawapan 'berjaya' atau 'tidak berjaya' itu?
link : [Video Pakatan Harapan saman ROS] SAMAN ROS KEPUTUSAN TEPAT! Susah sangatkah memberi jawapan 'berjaya' atau 'tidak berjaya' itu?

Baca juga


[Video Pakatan Harapan saman ROS] SAMAN ROS KEPUTUSAN TEPAT! Susah sangatkah memberi jawapan 'berjaya' atau 'tidak berjaya' itu?

Khamis, 22 Februari 2018

SAMAN ROS KEPUTUSAN TEPAT

Tindakan Pakatan Harapan untuk mengemukakan saman terhadap Pendaftar Pertubuhan atau RoS kerana kegagalannya memberikan jawapan berhubung status pendaftaran gabungan itu dikira suatu keputusan yang tepat dan bijak.

Sebagaimana dilaporkan semalam, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir Mohamad sebagai berkata, tindakan saman itu akan dikemukakan pada minggu ini.

Katanya, tindakan perundangan itu adalah bagi mendesak RoS memberikan jawapan terhadap permohonan yang sudah dikemukakan Pakatan Harapan sejak beberapa bulan sebelum ini.

Bagi rakyat yang membayar cukai yang antaranya untuk membiayai perjalanan jentera kerajaan, tidak kira ke mana sekali pun kiblat sokongan mereka, apa yang diharapkan ialah keberkesanan dan keadilan dalam tugas yang dilaksanakan itu.
Oleh itu, dalam apa juga permohonan yang dikemukakan kepada jabatan atau agensi kerajaan, jawapan yang harus diberikan hanya ada dua - "berjaya" atau "tidak berjaya".

Jika semua syarat sudah dipenuhi, memang hak sesiapa jua untuk mendapat jawapan "berjaya" itu, manakala jika "tidak berjaya" pula, sebab-sebabnya mesti diberikan supaya ia dapat diperbaiki atau dipenuhi segala kekurangan yang diperlukan itu.

Tidak wajar sama sekali sesuatu permohonan didiamkan begitu saja tanpa ada sebarang jawapan diberikan.

Lebih-lebih lagi dalam kes pendaftaran Pakatan Harapan ini, ketika awal permohonan dikemukakan dahulu, RoS pernah meminta agar logo gabungan itu dipinda kerana dikatakan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Tetapi, mengapakah setelah logo itu dipinda dan dikemukakan kepada RoS, ia terus didiamkan sehingga sekarang?

Kalau sudah cukup segala syaratnya, kenapa tidak diluluskan saja?

Jika masih ada syarat lain yang belum dipenuhi, sepatutnya berikanlah jawapan bertulis dan sebutkan apakah kekurangan itu supaya Pakatan Harapan dapat segera bertindak memenuhinya.

Soalnya, mengapa RoS diam tanpa sebarang jawapan sehingga sekarang?

Susah sangatkah memberi jawapan "berjaya" atau "tidak berjaya" itu?
Adakah RoS terikat dengan arahan tertentu sebelum memberikan jawapan mereka, maka sehingga sekarang jawapan gagal diberikan?

Sebab itu, Pakatan Harapan tidak boleh berdiam diri lagi dalam hal ini. Dengan membawa ke mahkamah, RoS tiada pilihan lain selain perlu memberi jawapan mereka tentang status pendaftaran Pakatan Harapan dan berhujah untuk mewajarkan jawapan yang diberikan nanti.

Dan akhirnya rakyat akan dapat menilai sama ada RoS bekerja untuk rakyat atau untuk parti dan pemimpin yang semakin hampir kehilangan kuasanya. (ShahbudinHusin 21/02/2018).


Demikianlah Artikel [Video Pakatan Harapan saman ROS] SAMAN ROS KEPUTUSAN TEPAT! Susah sangatkah memberi jawapan 'berjaya' atau 'tidak berjaya' itu?

Sekianlah artikel [Video Pakatan Harapan saman ROS] SAMAN ROS KEPUTUSAN TEPAT! Susah sangatkah memberi jawapan 'berjaya' atau 'tidak berjaya' itu? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video Pakatan Harapan saman ROS] SAMAN ROS KEPUTUSAN TEPAT! Susah sangatkah memberi jawapan 'berjaya' atau 'tidak berjaya' itu? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/02/video-pakatan-harapan-saman-ros-saman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :