TUN M, KHAIRUDDIN GAGAL SAMAN NAJIB

TUN M, KHAIRUDDIN GAGAL SAMAN NAJIB - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TUN M, KHAIRUDDIN GAGAL SAMAN NAJIB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TUN M, KHAIRUDDIN GAGAL SAMAN NAJIB
link : TUN M, KHAIRUDDIN GAGAL SAMAN NAJIB

Baca juga


TUN M, KHAIRUDDIN GAGAL SAMAN NAJIB



Tun M, Khairuddin gagal saman Najib



Putrajaya - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan gagal menyaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas dakwaan salah guna kuasa membabitkan dana pembangunan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia berikutan tiga panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Raus Sharif sebulat suara menolak permohonan Tun Mahathir dan Khairuddin untuk kebenaran untuk merayu.

Dalam keputusan itu, mahkamah berpuas hati persoalan undang-undang Seksyen 96 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman 1994 (CoJA) tidak melepasi aras jangkaan yang ditentukan.

"Pemohon haruslah memenuhi kehendak seksyen tersebut bagi mendapatkan kebenaran," katanya.

Justeru, mahkamah memerintahkan Tun Mahathir dan Khairuddin membayar RM20,000 sebagai kos kepada Najib.

Tun Mahathir dan Khairuddin diwakili peguam Haniff Khatri manakala Cecil Abraham mewakili Najib pada prosiding itu.

Pada 28 April tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib sebagai perdana menteri, bukan penjawat awam tetapi seorang anggota pentadbiran.

Mahkamah Rayuan pada 30 Ogos 2017 turut mengekalkan keputusan mahkamah tinggi. Tun Mahathir, Khairuddin dan bekas Wanita Umno Langkawi, Anina Saaduddin dalam samannya pada pada 23 Mac 2016 mendakwa Najib sebagai perdana menteri, beliau terlibat dengan perbuatan salah laku membabitkan dana 1MDB.




Demikianlah Artikel TUN M, KHAIRUDDIN GAGAL SAMAN NAJIB

Sekianlah artikel TUN M, KHAIRUDDIN GAGAL SAMAN NAJIB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TUN M, KHAIRUDDIN GAGAL SAMAN NAJIB dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/02/tun-m-khairuddin-gagal-saman-najib.html

Subscribe to receive free email updates: