[TEMERLOH] SYARIKAT BESAR WAJAR BANTU

[TEMERLOH] SYARIKAT BESAR WAJAR BANTU - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [TEMERLOH] SYARIKAT BESAR WAJAR BANTU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [TEMERLOH] SYARIKAT BESAR WAJAR BANTU
link : [TEMERLOH] SYARIKAT BESAR WAJAR BANTU

Baca juga


[TEMERLOH] SYARIKAT BESAR WAJAR BANTU


Syarikat besar wajar bantu



Syarikat-syarikat besar di negara ini digesa terlibat membantu mengurangkan kadar bilangan orang dewasa yang buta huruf atau tidak tahu membaca al-Quran melalui sumbangan kepada Rumah Ngaji di seluruh negara.

Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Profesor Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata, syarikat besar mempunyai kewangan yang cukup dan boleh menyediakan dana zakat atau wakaf kepada rumah berkenaan.

Menurutnya, terdapat ramai golongan dewasa tidak tahu mengaji dan usaha membantu termasuk mengurangkan kadar buta huruf dalam kalangan dewasa sedang giat dijalankan menerusi program Rumah Ngaji dilaksanakan di seluruh negara.

“Mereka perlu dibantu walaupun tidaklah semua dewasa tidak tahu langsung. Sehinggalah habis golongan ini dan kita teruskan semula dengan mendidik al-Quran dari peringkat umur kanak-kanak pula.

“Banyak Rumah Ngaji dibuka di seluruh negara, saya tidak ada jumlah tepat kerana tidak berdaftar dan dibuka atas inisiatif persendirian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Rumah Ngaji Putra milik Pusat Tahfiz dan Anak Yatim Ar-Rasyidin (Putra) di Bukit Desa Semantan, di sini semalam.

Mahmood berkata, kelahiran Rumah Ngaji termasuk yang diusahakan Rumah Ngaji Putra yang diilhamkan Kumpulan Media Karangkraf adalah satu kebangkitan baharu untuk mengatasi kehilangan pusat pengajian al-Quran dalam masyarakat kini.

“Golongan yang mahir dalam al-Quran juga seperti guru bukan sepenuh masa mengajar tetapi jika ramai orang yang ada ilmu ini menyumbang masa mereka lama-kelamaan ia akan jadi budaya dalam masyarakat kita hari ini.

“Saya harap sampai satu masa nanti semua golongan dewasa mampu membaca serta khatam al-Quran dan ketika itu kita sudah berjaya melaksanakannya sekali gus melahirkan generasi celik al-Quran kemudian berikan tumpuan pula kepada kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini kehilangan pusat pengajian al-Quran terutama sekali beberapa tahun selepas merdeka tidak ada gantinya.

“Ada pusat pengajian disediakan kerajaan tetapi tidak begitu berjaya lalu kerajaan terpaksa mewujudkan Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) dan J--Qaf untuk aktiviti kelas al-Quran tetapi dua sistem ini belum pasti dapat mengatasi usaha untuk memastikan seseorang itu khatam al-Quran.

“Sebab itu sekarang kita galakkan penubuhan Rumah Ngaji bagi membantu semula semua lapisan masyarakat khasnya golongan dewasa yang tidak pandai membaca al-Quran ini,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Rumah Ngaji Putra Suhardiman Mohd Lazim berkata, kelas mengaji al-Quran miliknya dibuka setiap Isnin dan Selasa untuk lelaki manakala Rabu dan Khamis untuk perempuan dengan sesi pembelajaran bermula selepas Isyak.

“Pada setiap malam Sabtu akan diadakan kelas Fardu Ain dan kesemua pelajar tidak dikenakan sebarang bayaran untuk menyertai kelas ini,” katanya.




Demikianlah Artikel [TEMERLOH] SYARIKAT BESAR WAJAR BANTU

Sekianlah artikel [TEMERLOH] SYARIKAT BESAR WAJAR BANTU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [TEMERLOH] SYARIKAT BESAR WAJAR BANTU dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/02/temerloh-syarikat-besar-wajar-bantu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :