[TEMERLOH] PEKAN SEHARI POPULAR, TETAPI TAK MENONJOL

[TEMERLOH] PEKAN SEHARI POPULAR, TETAPI TAK MENONJOL - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [TEMERLOH] PEKAN SEHARI POPULAR, TETAPI TAK MENONJOL, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [TEMERLOH] PEKAN SEHARI POPULAR, TETAPI TAK MENONJOL
link : [TEMERLOH] PEKAN SEHARI POPULAR, TETAPI TAK MENONJOL

Baca juga


[TEMERLOH] PEKAN SEHARI POPULAR, TETAPI TAK MENONJOL



Pekan Sehari popular, tetapi tak menonjol



Walaupun terdapat keunikan tersendiri, namun identiti Pekan Sehari Temerloh tidak begitu menonjol kerana ketiadaan papan tanda khas di pintu masuk pasar berkenaan.

Itu antara reaksi pengunjung menerusi tinjauan Sinar Harian, hari ini terhadap pasar pagi terpanjang di dalam negara ini yang turut dikenali bukan saja penduduk sekitar, malah masyarakat dari luar negeri ini.

Pengunjung Husin Md Nor, 45, berkata, pasar berkenaan dipercayai sudah mula sejak 1890 lagi oleh peniaga kampung yang menjual hasil kampung mereka setiap Ahad, sekali gus mampu menjadi identiti Temerloh.

Bagaimanapun, ketiadaan papan tanda khusus menunjukkan lokasi tapak Pekan Sehari Temerloh dengan tepat atau pintu gerbang mungkin menyebabkan orang luar sukar mencari lokasinya.

"Kalau boleh kita mahu identiti Pekan Sehari ini dibina sama ada di tengah atau pintu masuk yang akan menjadi petunjuk kepada orang luar, khususnya pelancong.

"Kami harap Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) boleh mempertimbangkan idea ini supaya ianya dapat menambah baik kawasan perniagaan peniaga kecil paling popular di Pahang ini," katanya.

Seorang lagi pengunjung, Halimah Saad, 56, berkata, ketiadaan papan tanda khusus itu tidak menjadi masalah kepada peniaga kecil tetapi ia memberi kesan kepada pandangan orang luar.

Malah, katanya, dia yang merupakan penduduk tempatan juga ada kala rasa malu kerana ketiadaan papan tanda Pekan Sehari Temerloh sedangkan orang dari luar sering bercerita mengenai keunikan pasar pagi berkenaan.

"Kita harap kerjasama pihak berkuasa untuk membuat sedikit perubahan dan mengeluarkan peruntukan bagi membina papan tanda ini.

"Kalau ada papan tanda kawasan ini akan menjadi lebih menarik khususnya akan dijadikan lokasi kenangan untuk mereka bergambar," katanya.

Menurutnya, cadangan itu dikatakan pernah dibangkitkan beberapa peniaga sebelum ini tetapi sehingga kini belum nampak sebarang tindakan.

"Kami harap MPT terbuka hati untuk menerima cadangan ini demi kebaikan bersama," katanya.




Demikianlah Artikel [TEMERLOH] PEKAN SEHARI POPULAR, TETAPI TAK MENONJOL

Sekianlah artikel [TEMERLOH] PEKAN SEHARI POPULAR, TETAPI TAK MENONJOL kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [TEMERLOH] PEKAN SEHARI POPULAR, TETAPI TAK MENONJOL dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/02/temerloh-pekan-sehari-popular-tetapi.html

Subscribe to receive free email updates: