[TEMERLOH] ELAK TERUS DIPANDANG SERONG

[TEMERLOH] ELAK TERUS DIPANDANG SERONG - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [TEMERLOH] ELAK TERUS DIPANDANG SERONG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [TEMERLOH] ELAK TERUS DIPANDANG SERONG
link : [TEMERLOH] ELAK TERUS DIPANDANG SERONG

Baca juga


[TEMERLOH] ELAK TERUS DIPANDANG SERONG



Elak terus dipandang serong



Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) akan memastikan semua kakitangan terutama bahagian penguatkuasaan bertugas dengan penuh tanggungjawab bagi mengelakkan terdedah kepada unsur rasuah.

Yang Dipertua MPT Dato' Azlan Md Yaman berkata, penguatkuasaan antara bahagian yang berisiko terlibat gejala rasuah seharusnya memerlukan anggota bertugas dengan penuh komited supaya tidak mendatangkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

“Kalau kita buat perkara betul pun orang kata tak betul apatah lagi jika kita buat perkara yang tak betul sudah tentu menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

“Sebaiknya jalankan tugas masing-masing dengan penuh amanah dan menjaga nama baik jabatan, rasuah akan berlaku jika ada dua pihak terlibat,” katanya pada perasmian Program Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) dan Pelancaran Kempen Gerakan Memerangi Pemberi Rasuah (Gempur) peringkat MPT.

Program dengan slogan ‘Anda hulur kami lapor’ yang diadakan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu turut dihadiri Ketua Cawangan SPRM Temerloh J Gunaselan dan semua kakitangan MPT di Dewan Tun Razak, di sini semalam.

Dalam program itu, MPT turut menjemput wakil-wakil kontraktor daerah Temerloh hadir sama mendengar taklimat program berkenaan.

Menurutnya, MPT sentiasa komited menangani gejala rasuah yang kerap dikaitkan dengan penjawat awam dan akan terus memastikan tanggungjawab dilaksanakan dengan baik dalam setiap tugasan berkaitan kerana gejala rasuah akan menjejaskan sistem penyampaian dan perkhidmatan.

“MPT adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negeri ini yang bekerjasama dengan SPRM menerusi ikrar bebas pada Mei tahun lalu.

“Bidang tugas ini sentiasa dipandang serong banyak pihak jadi seharusnya pegawai dan kakitangan dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, MPT menyambut baik kesediaan SPRM menjayakan program tersebut bagi memberi kesedaran kepada penjawat awam dan orang ramai mengenai bahaya rasuah.

“Taklimat kepada penjawat awam dan orang ramai diharap dapat mencegah gejala rasuah ini daripada berleluasa kerana rasuah tidak akan berlaku jika hanya satu pihak terlibat,” katanya.




Demikianlah Artikel [TEMERLOH] ELAK TERUS DIPANDANG SERONG

Sekianlah artikel [TEMERLOH] ELAK TERUS DIPANDANG SERONG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [TEMERLOH] ELAK TERUS DIPANDANG SERONG dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/02/temerloh-elak-terus-dipandang-serong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :