Judul : [LIPIS] CT SCAN BERI KEMUDAHAN KEPADA PNDUDUK
link : [LIPIS] CT SCAN BERI KEMUDAHAN KEPADA PNDUDUK
[LIPIS] CT SCAN BERI KEMUDAHAN KEPADA PNDUDUK
Perkhidmatan mesin pengimbasan tomografi berkomputer (CT Scan) di Hospital Kuala Lipis beroperasi sejak seminggu lalu memberi manfaat kepada penduduk Lipis serta daerah berhampiran.
Pengarah Hospital Kuala Lipis, Dr Sarifuddin Saad berkata, kemudahan bernilai RM3 juta itu adalah sebahagian rancangan menambah beberapa perkhidmatan sedia ada sekali gus menjadikan hospital berkenaan sebagai rujukan utama di kawasan Pahang barat.
Menurutnya, perkhidmatan tersebut dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 400,000 penduduk di daerah ini, Raub, Bentong dan Cameron Highlands.
"Sebelum ini, pesakit di Hospital Lipis yang perlukan pemeriksaan CT Scan terpaksa dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh dengan menempuh jarak perjalanan hampir 160 kilometer atau 2 jam perjalanan.
"Namun, dengan adanya mesin CT Scan ini dapat menjimatkan banyak perkara terutama masa dan perbelanjaan waris kerana tidak perlu ke Hoshas Temerloh lagi.
"Selain itu, mesin ini juga membolehkan proses mendiagnosis penyakit dengan lebih cepat sekali gus mempercepatkan proses rawatan dilakukan,"katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Mesin CT Scan Hospital Kuala Lipis yang telah disempurnakan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad di hospital berkenaan di sini, semalam.
Hadir sama Pengarah Kesihatan negeri, Dr Sha'ari Ngadiman.
Sarifuddin berkata, setakat ini, sebanyak 38 kes sudah dirujuk untuk imbasan CT dalam tempohperkhidmatan itu beroperasi.
Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pihaknya bersyukur dan gembira kerana penantian warga Lipis dan daerah sekitarnya untuk mendapatkan perkhidmatan CT Scan kini berjaya direalisasikan.
Tambahnya, sumbangan mesin berkenaan disifatkan sebagai 'buah tangan' Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika pulang ke tempat kelahirannya di daerah ini sempena Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lipis kali ke-29 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Lipis di sini pada Julai tahun lalu.
"Dalam ucapan aluan pada mesyuarat perwakilan berkenaan, saya telah membuat permohonan mesin CT Scan untuk ditempatkan di Hospital Lipis.
"Kini mesin berkenaan telah beroperasi dan menyediakan kemudahan perubatan canggih serta memberi keselesaan kepada penduduk,” katanya.
Demikianlah Artikel [LIPIS] CT SCAN BERI KEMUDAHAN KEPADA PNDUDUK
Sekianlah artikel [LIPIS] CT SCAN BERI KEMUDAHAN KEPADA PNDUDUK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [LIPIS] CT SCAN BERI KEMUDAHAN KEPADA PNDUDUK dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/02/lipis-ct-scan-beri-kemudahan-kepada.html