[KUANTAN] PEMAJU TAK PERLU KUTIP DEPOSIT PASANG METER AIR, ELEKTRIK

[KUANTAN] PEMAJU TAK PERLU KUTIP DEPOSIT PASANG METER AIR, ELEKTRIK - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] PEMAJU TAK PERLU KUTIP DEPOSIT PASANG METER AIR, ELEKTRIK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] PEMAJU TAK PERLU KUTIP DEPOSIT PASANG METER AIR, ELEKTRIK
link : [KUANTAN] PEMAJU TAK PERLU KUTIP DEPOSIT PASANG METER AIR, ELEKTRIK

Baca juga


[KUANTAN] PEMAJU TAK PERLU KUTIP DEPOSIT PASANG METER AIR, ELEKTRIK


Pemaju tak perlu kutip deposit pasang meter air, elektrik



Pembeli rumah kediaman disarankan untuk menguruskan sendiri bayaran deposit penyambungan bekalan air dan elektrik kepada pihak pembekal perkhidmatan dan tidak menyerahkan tanggungjawab itu kepada pemaju perumahan.

Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Sukor berkata, ia bukan antara tugas pihak pemaju dan telah selari dengan peruntukan undang-undang dalam urusan jual beli antara dua pihak tersebut.

Jelasnya, pemaju perumahan tidak perlu mengutip bayaran deposit pemasangan meter air dan elektrik daripada pembeli sebelum milikan kosong rumah diserahkan kepada pembeli.

“Berdasarkan Perjanjian Jual Beli yang mengguna pakai Jadual G dan H Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan), tanggungjawab ditetapkan kepada pemaju hanyalah menyediakan saluran utama untuk membolehkan air dan elektrik dimasukkan atau disambungkan ke rumah tersebut sahaja, bukannya memohon syarikat pembekal air dan elektrik memasang meter ke setiap rumah pembeli.

“Maka untuk menguruskan penyambungan bekalan air dan elektrik adalah tanggungjawab pembeli itu sendiri untuk ke syarikat pembekal elektrik dan bekalan air untuk buat bayaran deposit penyambungan... barulah syarikat pembekal akan pasang meter bekalan air dan elektrik ke rumah,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Hartaguam banyak menerima aduan daripada pembeli rumah bahawa terdapat segelintir pihak pemaju yang lewat menjelaskan bayaran deposit pemasangan meter air dan elektrik kepada syarikat pembekal walaupun pembeli telah menjelaskannya sebelum pemaju serah milikan kosong (kunci rumah) lagi.

Dalam pada itu, menurutnya, terdapat pembeli yang masih tidak dapat mendiami rumah kerana air dan elektrik belum disambung sedangkan mereka telah menjelaskan bayaran deposit pemasangan meter sebagaimana diminta pemaju.

“Apa yang membimbangkan adalah, pemaju menggunakan alasan pembeli belum membayar deposit tersebut untuk tidak serah milikan kosong atau menjadikan alasan kena tunggu semua pembeli membayar deposit tersebut baru akan diuruskan penyambungan dengan syarikat bekalan elektrik dan air.

“Dengan itu, sekiranya kelewatan tersebut berlaku maka kesannya, pembeli tidak dapat mendiami rumah dengan segera kerana tiada bekalan elektrik dan air sedangkan mereka mungkin perlu masuk dengan segera kerana tiada tempat tinggal lain,” katanya.

Sementara itu, katanya, pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan (KPKT) perlu mengeluarkan surat pekeliling yang jelas kepada semua pemaju perumahan agar dapat mematuhi peruntukan undang-undang khususnya berkaitan dengan isu pemasangan bekalan air dan elektrik.

“Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada pemaju dan pembeli rumah itu sendiri yang menyebabkan ketidakadilan kepada pihak pembeli rumah,” katanya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] PEMAJU TAK PERLU KUTIP DEPOSIT PASANG METER AIR, ELEKTRIK

Sekianlah artikel [KUANTAN] PEMAJU TAK PERLU KUTIP DEPOSIT PASANG METER AIR, ELEKTRIK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] PEMAJU TAK PERLU KUTIP DEPOSIT PASANG METER AIR, ELEKTRIK dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/02/kuantan-pemaju-tak-perlu-kutip-deposit.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :