[KUANTAN] KUMPUL 150 KILOGRAM SAMPAH DI PANTAI BALOK

[KUANTAN] KUMPUL 150 KILOGRAM SAMPAH DI PANTAI BALOK - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] KUMPUL 150 KILOGRAM SAMPAH DI PANTAI BALOK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] KUMPUL 150 KILOGRAM SAMPAH DI PANTAI BALOK
link : [KUANTAN] KUMPUL 150 KILOGRAM SAMPAH DI PANTAI BALOK

Baca juga


[KUANTAN] KUMPUL 150 KILOGRAM SAMPAH DI PANTAI BALOK


Kumpul 150 kilogram sampah di Pantai Balok



Sampah seberat 150 kilogram berjaya dikumpulkan dalam tempoh dua jam oleh sukarelawan yang melakukan aktiviti pembersihan di pesisir Pantai Balok di sini, semalam.

Sampah paling banyak dikutip ialah bekas pembungkus makanan, pinggan dan mangkuk polistiren, cawan, botol plastik serta dahan dan ranting mati.

Program anjuran Restoran MINT itu membabitkan pesisiran pantai sejauh tiga kilometer dari Pusat Rekreasi Air Balok ke De Rhu Beach Resort dengan penyertaan 150 sukarelawan.

Pengarah program, Adam Zakwan berkata, program itu bukan sekadar memungut sampah, sebaliknya memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menjaga kebersihan alam semula jadi.

Menurutnya, perkara utama ialah memastikan sampah tidak hanyut ke laut dan menjejaskan hidupan marin.

"Kita perlu sedar kesan sampah ke atas alam sekitar sekiranya tidak dibuang dengan betul. Banyak hidupan akan musnah akibat tindakan kita.

“Jadilah indvidu yang bertanggungjawab dan bukan membuang sampah sewenang-wenangnya walaupun tong sampah ada disediakan di kawasan pantai," katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Hadir sama, Ahli Majlis Perbandaran Kuantan, Dato' Dr Abd Wahid Abd Manap dan pemilik Restoran MINT, Yasmin Hayati Muda.

Program turut mendapat kerjasama beberapa syarikat termasuk Minetech Resources Berhad yang menyumbang wang tunai RM 2,000, Dronetech Solutions Sdn Bhd menyediakan 150 pasang sarung tangan dan plastik sampah serta Restoran Akop Ikan Patin menaja150 botol air mineral.

Sementara itu, Abd Wahid berkata, program seperti ini perlu diadakan dari semasa ke semasa bagi memastikan persekitaran terutama tempat tumpuan pelancong sentiasa bersih dan cantik.

"Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) sentiasa mengalu-alukan NGO dan orang perseorangan menganjurkan program seperti ini.

"Kerjasama antara semua pihak dan penduduk setempat penting dalam melahirkan masyarakat yang peka dengan kebersihan alam sekitar," katanya.

Dalam pada itu, Masriza Zainal Abidin,39, dan isteri, Che Anishah Aziz,39, bersama tiga anak mereka teruja kerana dapat menyertai program berkenaan yang kebetulan diadakan sempena cuti sambutan Tahun Baru China.

"Kami datang bercuti dari Puchong, Selangor untuk bersama dalam program ini kerana kami memang sekeluarga berminat dengan kerja-kerja sukarela.

"Program ini sangat bagus kerana selain menjaga kawasan pantai ia mewujudkan kesedaran sivik dalam kalangan pengunjung yang mencintai keindahan alam sekitar," katanya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] KUMPUL 150 KILOGRAM SAMPAH DI PANTAI BALOK

Sekianlah artikel [KUANTAN] KUMPUL 150 KILOGRAM SAMPAH DI PANTAI BALOK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] KUMPUL 150 KILOGRAM SAMPAH DI PANTAI BALOK dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/02/kuantan-kumpul-150-kilogram-sampah-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :