KERJA MEROBOH TOL BATU TIGA BERMULA

KERJA MEROBOH TOL BATU TIGA BERMULA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KERJA MEROBOH TOL BATU TIGA BERMULA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KERJA MEROBOH TOL BATU TIGA BERMULA
link : KERJA MEROBOH TOL BATU TIGA BERMULA

Baca juga


KERJA MEROBOH TOL BATU TIGA BERMULA






Kerja merobohkan Plaza Tol Batu Tiga di Shah Alam bermula malam tadi dengan sebahagian daripada struktur fizikal dirobohkan.

Kerja berkenaan membabitkan dua kaunter tol di sebelah kiri dari arah Kuala Lumpur menghala Shah Alam.

Bagaimanapun, perobohan struktur fizikal itu hanya membabitkan lorong kiri dan tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

Sebelum ini, banyak pihak terutama pengguna lebuh raya mendesak plaza tol itu dirobohkan selepas berlaku beberapa kemalangan yang meragut nyawa.

Semalam, dua pengguna Lebuhraya Persekutuan menjadi korban struktur fizikal Plaza Tol Batu Tiga, apabila kereta yang dinaiki sepasang sahabat itu hilang kawalan dan merempuh tembok tol jam 12.55 pagi.

Kemalangan maut akibat rempuhan tembok plaza tol itu adalah yang kedua di lokasi itu selepas kemalangan yang meragut nyawa dua sahabat pada 15 Januari lalu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata kerja meroboh struktur binaan Plaza Tol Batu Tiga akan selesai selewat-lewatnya pada 28 Mac ini.

Katanya, berkata perkara itu dimaklumkan oleh PLUS Malaysia Berhad kepada kementerian.

Katanya, proses pengalihan aset yang antara lain membabitkan peralatan tol dan papan tanda giat dijalankan.

“Sekarang pihak PLUS dalam proses mengalihkan aset mereka dari kawasan itu dan apabila telah sempurna, kerja meroboh struktur bangunan dilakukan.

“Kita turut dimaklumkan bahawa program pengurusan trafik akan dijalankan bagi memastikan aliran trafik tidak terganggu ketika kerja perobohan dilaksanakan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Hospital Parit Buntar, semalam.

Sebelum ini, banyak pihak terutama pengguna lebuh raya mendesak plaza tol itu dirobohkan selepas berlaku beberapa kemalangan yang meragut nyawa.

Fadillah berkata, pihaknya juga berharap pengguna lebuh raya itu lebih berwaspada dan tidak memandu dalam keadaan berbahaya, sekali gus mengelak daripada berlaku kesesakan dan kemalangan yang boleh meragut nyawa.

“Saya menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati sebab akhirnya yang menentukan kita selamat atau tidak di jalan raya adalah diri kita sendiri.

“Kita kena pandu secara berhemah dan pastikan berjaga-jaga untuk elakkan sebarang kemalangan tidak diingini daripada berlaku,” katanya.




Demikianlah Artikel KERJA MEROBOH TOL BATU TIGA BERMULA

Sekianlah artikel KERJA MEROBOH TOL BATU TIGA BERMULA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KERJA MEROBOH TOL BATU TIGA BERMULA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/02/kerja-meroboh-tol-batu-tiga-bermula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :