Biadap, Muhyiddin bidas tindakan usir Kit Siang di program Johor

Biadap, Muhyiddin bidas tindakan usir Kit Siang di program Johor - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Biadap, Muhyiddin bidas tindakan usir Kit Siang di program Johor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Biadap, Muhyiddin bidas tindakan usir Kit Siang di program Johor
link : Biadap, Muhyiddin bidas tindakan usir Kit Siang di program Johor

Baca juga


Biadap, Muhyiddin bidas tindakan usir Kit Siang di program Johor

Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sesuatu kepada seorang
peniaga roti canai ketika mengadakan ‘walkabout’ di Pasar Dato Keramat,
Kuala Lumpur, 12 Feb.
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyifatkan tindakan sekumpulan penyokong Umno di sebuah kampung di Johor Bahru menghalau ahli politik veteran DAP Lim Kit Siang sebagai biadap dan tidak hormat.

Presiden PPBM dan ahli Parlimen tunggal parti itu di Johor berkata orang ramai boleh berbeza fahaman politik tetapi seseorang tidak boleh dihalang selagi tidak melanggar undang-undang.
“Itu perkara adat, adat resam, hormatlah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ramah mesra di Pasar Dato Keramat hari ini.

Pada Sabtu, lebih 50 penduduk Kampung Bakar Batu di Johor Bahru menghalau Kit Siang yang pertama kali mengunjungi kawasan itu, untuk menghadiri program “Sembang Santai Warung” yang dianjurkan Adun Stulang, Andrew Chen Kah.
Ia terpaksa dibatalkan selepas kekecohan dan pemilik warung enggan meminjam premisnya kepada penganjur disebabkan “tekanan”.

Keadaan bertukar tegang apabila seorang guru agama tampil bersama penduduk kampung untuk menghalang Kit Siang wakil pemimpin Pakatan Harapan lain diherdik dengan laungan “Saya penduduk kampung di sini, jangan kritik Umno”.

Muhyiddin berkata PPBM merasa kecewa dengan tindakan yang menurutnya dilakukan “samseng Umno dan Barisan Nasional”.
Beliau berkata program itu adalah perkara biasa dilakukan sempena menyambut Tahun Baharu Cina.

“Kita agihkan bentuk bantuan seperti limau manis dan sebagainya. Itu perkara simbolik.
“Sepatutnya tak ada tindakan sebegitu. Kalau BN nak buat, buatlah.
“Ini negara bebas, ini negara Malaysia dan setiap kaum ada hak mereka melakukan perkara yang sepatutnya,” katanya.

Muhyiddin berkata beliau tidak mahu melihat insiden seperti yang berlaku pada Kit Siang berulang.
“Kita mahu negara kita ini aman.
“Mengapa kita nak bertindak, bukan sahaja tidak menghormati tatasusila. Sepatutnya dalam sistem negara yang sudah baik kita menghormati antara satu sama lain,” katanya


Demikianlah Artikel Biadap, Muhyiddin bidas tindakan usir Kit Siang di program Johor

Sekianlah artikel Biadap, Muhyiddin bidas tindakan usir Kit Siang di program Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Biadap, Muhyiddin bidas tindakan usir Kit Siang di program Johor dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/02/biadap-muhyiddin-bidas-tindakan-usir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :