[BERA] SISTEM PERPARITAN BAKAL DINAIK TARAF

[BERA] SISTEM PERPARITAN BAKAL DINAIK TARAF - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [BERA] SISTEM PERPARITAN BAKAL DINAIK TARAF, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [BERA] SISTEM PERPARITAN BAKAL DINAIK TARAF
link : [BERA] SISTEM PERPARITAN BAKAL DINAIK TARAF

Baca juga


[BERA] SISTEM PERPARITAN BAKAL DINAIK TARAF


Sistem perparitan bakal dinaiktaraf


Sistem pembetung di kawasan sekitar Kemayan akan dinaiktaraf bagi mengatasi masalah ketidakupayaan menampung jumlah air berikutan pembangunan pesat di kawasan terbabit.

Adun Kemayan, Dato' Mohd Fadil Osman berkata, sistem perparitan sedia ada yang bersaiz kecil, tidak lagi dapat menampung kuantiti air yang banyak, lebih-lebih lagi semasa hujan lebat.

Menurutnya, isu ini telah beberapa kali dibangkitkan dalam mesyuarat, dan dibincangkan bersama pihak berkaitan seperti Majlis Daerah Bera (MDB), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pembangunan Luar Bandar dari Pejabat Tanah dan Daerah Bera.

"Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di sini, baru-baru ini bukan disebabkan pembetung tersumbat, seperti yang didakwa pihak tertentu. Sebaliknya, saiznya yang terlalu kecil tidak dapat menampung jumlah air sedangkan pembangunan semakin pesat dilaksanakan.

"Jadi, saya minta semua pihak berkenaan supaya menyemak dan mengkaji semula fasiliti ini sama ada wajar dinaiktaraf dan sudah pasti, ia memerlukan peruntukan besar bagi tujuan itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat beberapa lokasi yang kerap dilimpahi air akibat hujan lebat, semalam.

Banjir kilat yang melanda kawasan tersebut pada penghujung Januari lalu, mengimbau kejadian bencana yang sama pada tujuh tahun lalu, namun ia tidak seteruk yang dialami penduduk, baru-baru ini.



Antara pembetung yang akan dinaiktaraf berikutan tidak mampu menampung kuantiti aliran air akibat pembangunan pesat di sekitar Kemayan ke Mengkuang.



Difahamkan juga, pihak JPS kerap melakukan penyelenggaraan mengikut jadual berkala membersihkan sistem perparitan bagi memastikan ia tidak tersumbat, dan melancarkan aliran air.

Mohd Fadil berkata, selain menekankan sistem perparitan sedia ada, beliau turut menegaskan agar MDB memantau kelancaran sebarang projek perumahan baharu agar tidak menyumbang kepada bencana banjir kilat ini.



Mohd Fadil melihat pelan pembangunan di Taman Ixora untuk melihat punca permasalahan banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan terbabit.


"Saya terima aduan daripada penduduk di Taman Jaya dan Taman Ixora di sini, mengatakan projek pembinaan perumahan berdekatan merupakan antara punca berlakunya banjir kilat.

"Dalam hal ini, saya harap pihak MDB cekap mengendalikan situasi kerana apa yang berlaku, penduduk akan menuding jari kepada mereka sekali gus menjejaskan imej mereka. Saya tidak mahu perkara itu berlaku. Sewajarnya, kena agresif laksana tanggungjawab demi kesejahteraan penduduk," katanya.

Katanya, meskipun jumlah peruntukan bagi menaiktaraf fasiliti masih belum diketahui, namun berharap ia mendapat perhatian daripada jabatan atau pihak tertentu untuk membantu.




Demikianlah Artikel [BERA] SISTEM PERPARITAN BAKAL DINAIK TARAF

Sekianlah artikel [BERA] SISTEM PERPARITAN BAKAL DINAIK TARAF kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [BERA] SISTEM PERPARITAN BAKAL DINAIK TARAF dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/02/bera-sistem-perparitan-bakal-dinaik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :