Beku peruntukan: Tak perlu jumpa sultan, Azmin beritahu PAS

Beku peruntukan: Tak perlu jumpa sultan, Azmin beritahu PAS - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Beku peruntukan: Tak perlu jumpa sultan, Azmin beritahu PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Beku peruntukan: Tak perlu jumpa sultan, Azmin beritahu PAS
link : Beku peruntukan: Tak perlu jumpa sultan, Azmin beritahu PAS

Baca juga


Beku peruntukan: Tak perlu jumpa sultan, Azmin beritahu PAS

azmin-ali-shah-alam 
AMPANG JAYA: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata isu pembekuan peruntukan negeri kepada wakil rakyat dan penyelaras DUN PAS boleh diselesaikan tanpa perlu berjumpa Sultan Selangor.
Beliau berkata mana-mana Adun yang mempunyai masalah boleh berjumpa dengannya atau pegawai daerah.

“Kalau Umno kita bagi takkan Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan tak bagi. Cuma kena patuh prosedur,” kata Azmin kepada pemberita selepas satu majlis di Masjid Ukay Perdana hari ini.

Azmin berkata beberapa permohonan Adun tentang projek yang hendak dilaksanakan sudah diserahkan pada pegawai daerah masing-masing.
“Saya terima beberapa permohonan Adun tentang projek-projek yang hendak dilaksanakan, dan saya telah serahkan pada pegawai daerah untuk lihat dan luluskan.”

Sebelum ini, PAS memberi tempoh kepada Azmin sebelum Tahun Baru Cina 17 Februari ini untuk melepaskan peruntukan negeri kepada wakil rakyat dan penyelaras DUN PAS.
Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi memberi amaran parti Islam itu akan bertindak sekiranya pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu tidak memenuhi tuntutan mereka.

“Kalau kami masih belum menerima juga, dan apabila Adun-Adun lain yang kami difahamkan ada yang boleh menggunakan peruntukan ini, maka selepas daripada Tahun Baru Cina ini kita akan ambil tindakan seterusnya termasuk buat kenyataan rasmi,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS harian Selasa lalu.

Media sebelum ini juga melaporkan, Sallehen tidak menolak kemungkinan akan menghadap Sultan Selangor, jika isu pembekuan peruntukan wakil rakyat parti itu tidak diselesaikan segera.
“Dia tidak datang jumpa saya. Saya ingat tidak ada masalah. Dia nak jumpa Istana saya tak boleh halang,” kata Azmin


Demikianlah Artikel Beku peruntukan: Tak perlu jumpa sultan, Azmin beritahu PAS

Sekianlah artikel Beku peruntukan: Tak perlu jumpa sultan, Azmin beritahu PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Beku peruntukan: Tak perlu jumpa sultan, Azmin beritahu PAS dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/02/beku-peruntukan-tak-perlu-jumpa-sultan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :