Umno tetap mahu rampas Kelantan

Umno tetap mahu rampas Kelantan - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Umno tetap mahu rampas Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Umno tetap mahu rampas Kelantan
link : Umno tetap mahu rampas Kelantan

Baca juga


Umno tetap mahu rampas Kelantan

Mustapa Mohamed
Mustapa beramah mesra dengan penduduk sempena Program Sembang Pagi di Kampung Banggol Kulim.
(Ubah saiz teks)
RANTAU PANJANG - Dakwaan mengatakan Umno akan memberi laluan kepada Pas menguasai Negeri Kelantan hanyalah isu dicipta pembangkang sebagai modal berdepan pilihan raya umum nanti.

Pengerusi Umno Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tuduhan mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan negeri ini kepada Pas hanya mahu menggambarkan Umno Kelantan tidak serius dalam merampas semula Kelantan dari Pas.

“Kita tidak akan beri kemenangan mudah kepada Pas, malah Datuk Seri Najib juga tahu dengan kerja keras Umno Kelantan dalam merealisasikan impian tersebut," katanya selepas Program Sembang Pagi bersama penduduk Kampung Banggol Kulim.

Hadir sama Ketua Umno Rantau Panjang, Senator Datuk Abdullah Mat Yasim dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan (KPDNKK), Datuk Ab Ghani Harun.
Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin mendakwa Najib akan menyerahkan Kelantan kepada Pas.

Katanya, ia adalah salah satu strategi kerjasama pilihan raya Pas-Umno yang dibuat secara sulit, tanpa rundingan dari mana-mana kepimpinan Umno Kelantan.
Mustapa yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, ketika ini pimpinan negeri berada dalam keadaan terbaik bagi mengembalikan Kelantan ditangan Umno.

“Bukan sahaja kami pimpinan Umno tertinggi Negeri bersemangat, malah kita dapat lihat sokongan terhadap Umno di peringkat akar umbi juga meningkat, kita yakin kita mampu melakukan sesuatu,” katanya.
Dalam pada itu, Mustapa berkata, persaingan tiga penjuru dalam PRU ini juga akan membantu Umno memenangi semula Kelantan.

Katanya, peluang lebih cerah sekiranya undi berpecah dan memberi ruang kepada Umno untuk meningkatkan undi majoriti.
"Ada beri pendapat BN akan untung jika berlaku tiga penjuru tapi ada juga pendapat Pas untung kalau hanya dua penjuru.

"Semua ada pendapat berbeza tapi matlamat kita adalah menguatkan BN di Kelantan tak kira berapa penjuru sekalipun. Kita yakin akan berlaku perubahan serta kemenangan berpihak kepada BN," katanya



Demikianlah Artikel Umno tetap mahu rampas Kelantan

Sekianlah artikel Umno tetap mahu rampas Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Umno tetap mahu rampas Kelantan dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/umno-tetap-mahu-rampas-kelantan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :