Judul : [TIOMAN] PENDUDUK, AGENSI BEKERJASAMA ALIH TANAH RUNTUH
link : [TIOMAN] PENDUDUK, AGENSI BEKERJASAMA ALIH TANAH RUNTUH
[TIOMAN] PENDUDUK, AGENSI BEKERJASAMA ALIH TANAH RUNTUH
Hasil kerjasama penduduk bersama jabatan atau agensi kerajaan berkaitan di Pulau Tioman, kejadian tanah runtuh di jalan Kampung Tekek menghala ke Berjaya Tioman Resort berjaya diselesaikan.
Kerja pengalihan tanah runtuh itu dilakukan secara gotong-royong dengan kaedah manual.
Pengerus Besar Lembaga Pembangunan Tioman (TDA), Khairur Rizal Ramli, berkata, kejadian pertama di lokasi sama berlaku pada 12 Januari lalu dan runtuhan kedua berlaku semalam.
Menurutnya, kerja gotong-royong itu dilakukan selepas mendapat kebenaran daripada pihak polis selepas memastikan lokasi selamat.
"Pada jam 3 petang semalam, kerja-kerja pengalihan tanah runtuh selesai. Disebabkan tiada jentolak, semua pihak bergotong-royong secara manual.
"Kejayaan ini membuktikan semangat kerjasama dan bantu membantu masih menebal di kalangan jabatan di pulau serta penduduk," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata, kejadian tanah runtuh yang berlaku dipercayai disebabkan hujan berterusan di pulau peranginan terkenal itu selama lima hari, baru-baru ini.
Demikianlah Artikel [TIOMAN] PENDUDUK, AGENSI BEKERJASAMA ALIH TANAH RUNTUH
Sekianlah artikel [TIOMAN] PENDUDUK, AGENSI BEKERJASAMA ALIH TANAH RUNTUH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [TIOMAN] PENDUDUK, AGENSI BEKERJASAMA ALIH TANAH RUNTUH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/tioman-penduduk-agensi-bekerjasama-alih.html