Judul : [TEMERLOH] TUN M PUNCA SEKTOR PERTANIAN GAGAL?
link : [TEMERLOH] TUN M PUNCA SEKTOR PERTANIAN GAGAL?
[TEMERLOH] TUN M PUNCA SEKTOR PERTANIAN GAGAL?
Kegagalan Tun Dr Mahathir Mohamad memodenkan sektor pertanian negara ketika zaman pemerintahannya menjadi punca petani di negara ini agak ketinggalan sehingga terpaksa dimulakan semula kepimpinan yang ada ketika ini.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsudin berkata, modenisasi sektor pertanian sangat penting kerana ia berkait rapat dengan sumber makanan dalam negara seperti yang dibuktikan negara jiran, Thailand yang lebih ke hadapan dalam sektor pertanian.
Menurutnya, walaupun negara ini mempunyai tanah yang subur tetapi ketika zaman pemerintahan Tun Mahathir, beliau lebih mementingkan sektor industri yang akhirnya menyebabkan sektor pertanian negara ketinggalan.
“Sebagai contoh beras yang ditanam dalam negara hanya mampu menampung sekitar 70 peratus bekalan negara, ia belum dikira import makanan lain seperti sayur dan buah-buahan yang terpaksa dibawa masuk dari luar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Jom Makan Jagung anjuran Pejabat Pertanian Temerloh di Kampung Chatin di sini kelmarin.
Turut hadir Pegawai Pertanian Temerloh, Muhamad Khalil Idris; Penolong Pegawai Pertanian Temerloh, Shaharudin Ramli danPengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Chatin Abd Rahsid Hassan.
Beliau berkata, ketika ini Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak berusaha memulihkan semula sektor pertanian negara dan ini dibuktikan menerusi bajet 2018 yang banyak diberikan kepada kementerian pertanian dan industri asas tani.
Pada program yang berlangsung di Balai Raya Kampung Chatin itu, turut diadakan kursus tanaman jagung dan kursus teknologi fertigasi yang disampaikan penceramah dari pejabat pertanian.
Katanya, turut diadakan majlis penyampaian geran In Kind Contribution (IKC) berjumlah RM20,000 kepada empat peserta tanaman pelbagai.
Demikianlah Artikel [TEMERLOH] TUN M PUNCA SEKTOR PERTANIAN GAGAL?
Sekianlah artikel [TEMERLOH] TUN M PUNCA SEKTOR PERTANIAN GAGAL? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [TEMERLOH] TUN M PUNCA SEKTOR PERTANIAN GAGAL? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/temerloh-tun-m-punca-sektor-pertanian.html