SEKOLAH KURANG MURID TETAP ADA SUMBANGAN PENDIDIKAN

SEKOLAH KURANG MURID TETAP ADA SUMBANGAN PENDIDIKAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SEKOLAH KURANG MURID TETAP ADA SUMBANGAN PENDIDIKAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SEKOLAH KURANG MURID TETAP ADA SUMBANGAN PENDIDIKAN
link : SEKOLAH KURANG MURID TETAP ADA SUMBANGAN PENDIDIKAN

Baca juga


SEKOLAH KURANG MURID TETAP ADA SUMBANGAN PENDIDIKAN


Sekolah kurang murid tetap ada sumbangan pendidikan


Pontian - Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pontian mempraktikkan pendekatan turun padang mendekati murid, ibu bapa dan warga sekolah yang diletakkan dalam kategori sekolah kurang murid (SKM) di daerah ini pada hari pertama sesi persekolahan, semalam.

Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Zainal Buang berkata, sebanyak 28 buah sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, di daerah ini mempunyai murid kurang daripada 150 orang sekaligus diletakkan sebagai SKM.

Katanya, meskipun diletakkan dalam kategori SKM namun sekolah-sekolah berkenaan tetap menunjukkan potensi masing-masing dan menyumbang kepada kecemerlangan pendidikan di peringkat daerah.

“Saya datang ke sekolah pada hari pertama sesi persekolahan 2018 bukan untuk memantau tetapi saya mahu berikan motivasi kepada ibu bapa, murid dan guru-guru.

“Bila berada di sekolah luar bandar lebih-lebih lagi yang dikategorikan sebagai SKM jangan sesekali rasa rendah diri atau dipinggirkan,” katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Permas Kelapa.

Zainal Buang (kanan) bersama 15 murid tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Permas Kelapa yang diletakkan dalam kategori sekolah kurang murid (SKM)


Menurut Zainal, ibu bapa dan murid perlu diberikan penjelasan mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2015 yang tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada peperiksaan semata-mata.

“Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) hanya ujian dan bukan peperiksaan. Jadi murid yang datang ke sekolah bermula dari darjah 1 hingga 6 akan diajar kemahiran sehingga tingkatan 3.

“Selepas itu baharu mereka akan mengambil peperiksaan sebenar. Sebab itulah, pada tahun ini tiada pengasingan kelas sebab kita mahukan kepelbagaian selari dengan pembelajaran abad ke-21,” katanya.

Jelasnya lagi, pendekatan turun padang dan memberikan motivasi di sekolah tidak hanya tertumpu pada hari pertama sesi persekolahan sebaliknya akan diteruskan sepanjang tahun ini.

“Saya mahu kongsi pengalaman mengenai kemajuan, visi dan misi Pontian Dinamik. Setiap sekolah ada potensinya.

“Di Pontian saya lihat sekolah luar bandar juga beri cabaran kepada peratus peningkatan kepada daerah,” katanya.

Guru Besar SK Permas Kelapa, Budiman Sahali berkata, seramai 15 murid tahun itu direkodkan dengan jumlah keseluruhan murid seramai 108 orang bermula dari prasekolah sehingga darjah 6.

Katanya, sejak pembukaan SK Permas Kelapa pada tahun 1951 bilangan murid yang direkodkan agak sedikit sehingga dikategorikan sebagai SKM.

“Kebanyakkan penduduk di sini bekerja dalam bidang pertanian. Selain itu kedudukan tiga lagi sekolah yang berdekatan juga menjadi antara faktor kekurangan murid di SK Permas Kelapa.

“Bagaimanapun, pihak sekolah yakin bilangan murid akan bertambah pada masa hadapan berikutan perkembangan pesat kawasan di Tanjung Bin.

“Kedudukan Tanjung Bin yang tidak jauh dari sekolah pastinya akan menjadi pilihan murid pada musim hadapan. Mungkin ketika itu akan dibina taman perumahan sekaligus menambahkan bilangan penduduk di sini,” katanya.




Demikianlah Artikel SEKOLAH KURANG MURID TETAP ADA SUMBANGAN PENDIDIKAN

Sekianlah artikel SEKOLAH KURANG MURID TETAP ADA SUMBANGAN PENDIDIKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SEKOLAH KURANG MURID TETAP ADA SUMBANGAN PENDIDIKAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/sekolah-kurang-murid-tetap-ada.html

Subscribe to receive free email updates: