[ROMPIN] ELAK DIPERDAYA PANGGILAN TELEFON PEGAWAI BANK, PEGAWAI POLIS

[ROMPIN] ELAK DIPERDAYA PANGGILAN TELEFON PEGAWAI BANK, PEGAWAI POLIS - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [ROMPIN] ELAK DIPERDAYA PANGGILAN TELEFON PEGAWAI BANK, PEGAWAI POLIS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [ROMPIN] ELAK DIPERDAYA PANGGILAN TELEFON PEGAWAI BANK, PEGAWAI POLIS
link : [ROMPIN] ELAK DIPERDAYA PANGGILAN TELEFON PEGAWAI BANK, PEGAWAI POLIS

Baca juga


[ROMPIN] ELAK DIPERDAYA PANGGILAN TELEFON PEGAWAI BANK, PEGAWAI POLIS


Elak diperdaya panggilan telefon pegawai bank, pegawai polis


Menyamar sebagai pegawai bank dan pegawai polis melalui panggilan telefon, itu helah licik scammer bagi memperdayakan mangsa bagi mendapatkan wang mereka.

Justeru itu, polis menggesa masyarakat agar berhati-hati sebelum membuat pindahan wang atau pembayaran kepada akaun suspek sekali gus mengakibatkan mangsa mengalami kerugian.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Azli Mohd Noor, berkata, statistik laporan polis di Rompin pada tahun lalu berkaitan panggilan scammer merekodkan 27 laporan.

Menurutnya, daripada jumlah itu hanya tiga kes yang dibuka melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM419,100.

"Bagi tahun ini pula kita sudah terima lima laporan dan hanya satu kes yang dibuka dengan nilai kerugian RM2,700," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Azli berkata, helah yang lebih kurang sama digunakan iaitu menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai pegawai bank dan memberitahu mangsa ada pinjaman dengan bank sebanyak RM40,000 yang tertunggak selama tiga bulan.

Katanya, mangsa yang panik kemudian disambungkan kepada pegawai polis dan membuat semakan kononnya terdapat kegiatan jenayah berat.

"Untuk mengelakkan akaun dibekukan, mangsa diberi nombor akaun suspek untuk pindahkan wang bagi tujuan siasatan. Apabila mangsa menyemak akaun simpanan telah tiada baru sedar mereka sebenarnya ditipu," katanya.

Beliau turut menasihatkan masyarakat agar berhati-hati semasa menerima panggilan telefon dari orang yang tidak dikenali.

Menurut Azli, jika mereka memperkenalkan diri sebagai pegawai bank atau pegawai polis sila buat pengesahan sama ada meminta nombor pengenalan diri polis itu dan membuat semakan semula dengan pihak yang berkenaan.

"Jangan panik dgn ugutan mereka yg mengatakan akuan akan dibekukan jika tidak bekerja sama dan jangan layan perbualan panggilan oleh mereka yang tak dikenali.

"Jangan sesekali memberi nombor akaun atau kata kunci kepada individu yang tak dikenali," katanya.




Demikianlah Artikel [ROMPIN] ELAK DIPERDAYA PANGGILAN TELEFON PEGAWAI BANK, PEGAWAI POLIS

Sekianlah artikel [ROMPIN] ELAK DIPERDAYA PANGGILAN TELEFON PEGAWAI BANK, PEGAWAI POLIS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [ROMPIN] ELAK DIPERDAYA PANGGILAN TELEFON PEGAWAI BANK, PEGAWAI POLIS dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/rompin-elak-diperdaya-panggilan-telefon.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :