Pendaftaran Harapan: Mahathir dakwa kerajaan bacul

Pendaftaran Harapan: Mahathir dakwa kerajaan bacul - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pendaftaran Harapan: Mahathir dakwa kerajaan bacul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pendaftaran Harapan: Mahathir dakwa kerajaan bacul
link : Pendaftaran Harapan: Mahathir dakwa kerajaan bacul

Baca juga


Pendaftaran Harapan: Mahathir dakwa kerajaan bacul

Sinar Harian
Mahathir Mohamad
Mahathir Mohamad. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan bersikap bacul kerana menyalahgunakan kuasa dalam soal pendaftaran Pakatan Harapan, yang sehingga kini tiada maklum balas daripada Jabatan pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, segala yang dikehendaki oleh RoS telah dipenuhi termasuk menghantar surat peringatan, namun sehingga kini tiada maklum balas daripada agensi itu.

“Sebenarnya tiada halangan langsung. Semua yang dikehendaki telah kita beri.
“Dan bila mereka kata ada masalah DAP dan Bersatu, beritahu apa masalah dan kita boleh betulkan,” katanya pada sidang media pelancaran Harapan Baru: ‘Policy Talk’ di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai kemungkinan halangan yang dihadapi soal pendaftaran parti gabungan itu.  

Menurut Mahathir lagi, pihaknya tidak mahu menentang kerajaan, sebaliknya hanya ingin kerajaan berani mendaftarkan Bersatu.  
“Ini cara kotor, tidak berani lawan lepas itu salah guna kuasa kerajaan. Dengan cara yang cukup unik.
“Bukan kata tak boleh didaftar cuma tidak jawab. Hantar surat peringatan pun tak jawab, Jadi kita nak katakan ditolak tak boleh. Lulus pun tak boleh kerana tidak jawab.

“Tetapi buat ucapan di sana sini, tak berani nak jawab inilah kerajaan bacul,” katanya.
Sebelum ini, RoS menyatakan belum meluluskan permohonan pendaftaran Pakatan Harapan sebagai gabungan parti politik disebabkan masalah dalaman dua parti komponennya, DAP dan Bersatu.

DAP berdepan dengan masalah pemilihan semula Jawatankuasa Esekutif Pusat (CEC). sementara Bersatu berdepan risiko dibubarkan berikutan gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) selepas setahun ditubuhkan.
Bagaimanapun, pada Sabtu lalu Bersatu telah mengadakan AGM pertamanya yang dihadiri 941 perwakilan daripada 137 bahagian di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam selepas diberikan amaran oleh RoS.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Ketua Bahagian Bersatu Temerloh, Amerus Che Onn yang mendakwa AGM Sabtu lalu tidak mengikut perlembagaan parti, Mahathir meminta RoS mengeluarkan surat rasmi sekiranya dakwaan tersebut benar.

“Katakan pada RoS supaya surat rasmi dikeluarkan menyatakan AGM tidak sah. RoS tak kata apa-apa tapi orang ini yang lebih pandai daripada RoS,” katanya.
Kelmarin, Amerus mendakwa pemilihan perwakilan ke AGM tidak dibuat ikut perlembagaan parti, di mana tiada perhimpunan di peringkat cawangan dan bahagian untuk memilih perwakilan hadir AGM pertama itu.
Selain itu, perhimpunan untuk Pemuda Bersatu dan Srikandi juga tidak diadakan


Demikianlah Artikel Pendaftaran Harapan: Mahathir dakwa kerajaan bacul

Sekianlah artikel Pendaftaran Harapan: Mahathir dakwa kerajaan bacul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pendaftaran Harapan: Mahathir dakwa kerajaan bacul dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/pendaftaran-harapan-mahathir-dakwa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :