PENALTI RM2O JUTA: PPBM TIDAK PERCAYA CALON WAKIL SENDIRI?

PENALTI RM2O JUTA: PPBM TIDAK PERCAYA CALON WAKIL SENDIRI? - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PENALTI RM2O JUTA: PPBM TIDAK PERCAYA CALON WAKIL SENDIRI?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PENALTI RM2O JUTA: PPBM TIDAK PERCAYA CALON WAKIL SENDIRI?
link : PENALTI RM2O JUTA: PPBM TIDAK PERCAYA CALON WAKIL SENDIRI?

Baca juga


PENALTI RM2O JUTA: PPBM TIDAK PERCAYA CALON WAKIL SENDIRI?





Cadangan PPBM untuk mengenakan penalti RM20 juta kepada wakil rakyatnya yang lompat parti selepas menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), menandakan budaya curiga yang amat menebal dalam parti itu.

Justeru bekas pengasas PPBM, Anina Saadudin memberi amaran kepada rakyat agar berhati-hati memilih parti untuk diberi mandat pada pilihan raya akan datang.

“Kalau antara mereka pun tak boleh percaya antara satu sama lain, macam mana rakyat di luar nak percaya kepada mereka. Ini rakyat patut fikir, bolehkah kita memilih sebuah kerajaan yang antara mereka sendiri pun tak percaya antara satu sama lain. Indah khabar dari rupa,” katanya dipetik media.

Beberapa hari lalu Ahli Majlis Tertinggi PPBM Tariq Ismail berkata partinya sedang mengkaji rancangan membuat kontrak untuk mengikat calon mereka daripada melompat parti selepas menang pada PRU14.

Menurutnya, langkah itu juga boleh melindungi PH jika memenangi PRU14 kerana berkemungkinan ahli Parlimen PH ditawarkan wang untuk melompat parti.

Justeru katanya, PPBM bercadang mengenakan penalti RM20 juta kepada calon berkenaan.

Ujarnya lagi sekiranya diluluskan, PPBM akan mendapatkan nasihat peguamnya untuk menentukan sama ada jumlah itu munasabah.

“Ini negara demokrasi dan anda buat satu perjanjian kalau langgar bai’ah (kena bayar) RM20 juta, ini mengarut, ini tak betul. Roh demokrasi itu bukan caranya, saya tak setuju,” kata Anina lagi sambil menegaskan rakyat perlu memilih parti yang membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dilaporkan sebagai berkata, partinya juga sedia mempertimbangkan cadangan seumpama itu, namun menegaskan, perjanjian berkenaan berbeza dengan bai’ah yang diperkenalkan PAS.

Sementara itu PKR pula difahamkan mempunyai kontrak serupa yang perlu ditandatangani calonnya pada PRU 2013, di mana ahli yang melanggar kontrak mesti membayar sejumlah pampasan kepada parti.

Lafaz taklik bai’ah diwajibkan ke atas calon PAS di Kelantan pada pilihan raya umum yang antara lain mengkehendaki mereka yang memenangi kerusi kekal dengan parti itu.





Demikianlah Artikel PENALTI RM2O JUTA: PPBM TIDAK PERCAYA CALON WAKIL SENDIRI?

Sekianlah artikel PENALTI RM2O JUTA: PPBM TIDAK PERCAYA CALON WAKIL SENDIRI? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PENALTI RM2O JUTA: PPBM TIDAK PERCAYA CALON WAKIL SENDIRI? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/penalti-rm2o-juta-ppbm-tidak-percaya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :