Judul : NUTP: Kekurangan buku teks lebih penting daripada buku import
link : NUTP: Kekurangan buku teks lebih penting daripada buku import
NUTP: Kekurangan buku teks lebih penting daripada buku import
Setiausaha agung NUTP berkata, kerajaan perlu membekalkan buku teks mencukupi kepada sekolah untuk memudahkan pembelajaran di kalangan pelajar.
“Yang penting ada buku untuk kita mengajar, yang kita risau tak ada buku. Sekarang buku teks kurang, kita minta kementerian bagi secukupnya pada sekolah dan lebihkan,” kata Setiausaha Agung NUTP, Harry Tan Huat Hock pada sidang media di Wisma NUTP hari ini.
Beliau berkata, pengimportan buku teks bahasa Inggeris bukan isu kerana lebih penting ialah mencari cara mudah untuk meningkatkan lagi tahap penguasaan pelajar.
“Kalau kita ajar bahasa, kalau ia (buku import) lebih banyak maklumat, banyak benda yang dibaca ia akan menguntungkan pelajar. Sama ada dalam negara atau luar negara, ia bukan isu.
“Kita kena lihat, murid perlu cara mudah faham bahasa Inggeris. Ada beberapa negara yang ada cara mudah. Kita nak murid pada 2050 nanti, dia boleh berbahasa Inggeris ataupun berbahasa ke-3 supaya dia lebih cepat belajar.”
Kenyataan itu disokong Presiden NUTP, Kamarozaman Abd Razak yang berkata, kerajaan membuat keputusan itu mungkin kerana mereka merasakan teknik pembelajaran luar negara ada kebaikannya.
Buku teks yang dipertikaikan itu ialah Super Minds terbitan Cambridge University Press untuk murid sekolah rendah dan Pulse 2 terbitan MacMillan untuk pelajar sekolah menengah.
Ia akan menggantikan buku teks bahasa Inggeris tempatan untuk menyelaras kurikulum sejajar Rangka Kerja Bersama Eropah Rujukan Bahasa (CEFR) – panduan yang dibangunkan Majlis Eropah bagi mengukur kemahiran bahasa asing.
Bulan lalu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari mempertikaikan tindakan Kementerian Pendidikan membeli buku teks bahasa Inggeris import tanpa melalui tender terbuka.
Jurucakap Parlimen DAP untuk pendidikan, sains dan teknologi itu berkata, pembelian buku teks import itu nampaknya dibuat melalui rundingan terus dengan penerbit tempatan Pan Asia Publications dan Desa Fikir.
Katanya, proses itu jelas berbeza dengan pembelian buku teks tempatan yang tertakluk kepada tender terbuka kompetitif dan hasil semakan ke atas buku itu mendapati ia dihasilkan untuk pelajar Sepanyol.
Beliau dilaporkan berkata, buku itu “langsung tiada kandungan tempatan” kerana disalin bulat-bulat daripada versi asal dengan konteks British.
Demikianlah Artikel NUTP: Kekurangan buku teks lebih penting daripada buku import
Sekianlah artikel NUTP: Kekurangan buku teks lebih penting daripada buku import kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel NUTP: Kekurangan buku teks lebih penting daripada buku import dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/nutp-kekurangan-buku-teks-lebih-penting.html