Masa untuk maafkan Dr M demi perubahan, kata Shafie

Masa untuk maafkan Dr M demi perubahan, kata Shafie - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Masa untuk maafkan Dr M demi perubahan, kata Shafie, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Masa untuk maafkan Dr M demi perubahan, kata Shafie
link : Masa untuk maafkan Dr M demi perubahan, kata Shafie

Baca juga


Masa untuk maafkan Dr M demi perubahan, kata Shafie

 | January 14, 2018
Presiden Parti Warisan Sabah menggesa rakyat Sabah memandang ke depan melepasi kemarahan terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad demi kebaikan negara.
syafie-mahathir1KOTA KINABALU: Rakyat Sabah harus belajar dari pemimpin DAP Lim Kit Siang dan pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memaafkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal.

Beliau berkata oleh itu rakyat harus bertanya pada diri sendiri, apakah yang mendorong 2 individu itu yang dulunya pernah melemparkan pelbagai macam dakwaaan terhadap Dr Mahathir tetapi sekarang sedia bekerjasama.
“Kita manusia bukannya sempurna. Masing-masing ada kekurangan. Dr Mahathir memohon maaf dan permohonan maafnya diterima Anwar dan Lim. Kita patut tanya mengapa mereka terima permohonan maaf itu.

“Kerana keinginan terhadap perubahan lebih kuat daripada kemaharan. Demi negara, mereka sedia ketepikan masa lalu supaya kerajaan Malaysia digantikan dengan kerajaan yang lebih baik,” katanya di sesi bertemu rakyat di Kota Belud hari ini.

Bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu mengingatkan rakyat bahawa Mahathir yang individu yang menghidupkan semula Umno selepas parti itu diharamkan pada 1985.
Tetapi hari ini, Mahathir sedang bekerja keras untuk menewaskan Umno tetapi bukan dengan niat jahat.

Beliau berkata ada banyak perubahan sedang berlaku dan BN tahu sokongan kepada pembangkang di Semenanjung bererti BN masih menjadi kerajaan hari ini kerana Sabah dan Sarawak.

“BN berasa bimbang jadi mereka cuba memburukkan Dr Mahathir. Kita tahu Dr Mahathir berusia 92 tahun tetapi dia masih ada keupayaan berfikir dan pengalaman, kedua-dua perkara itu boleh memberi manfaat pada Malaysia.
“Beliau berjaya mengemudi negara keluar dari krisis kewangan 1977. Beliau tahu bagaimana untuk keluarkan negara dari masalah dan kita mahu pengetahuan itu,” katanya.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata sekarang ini, negara dibebani hutang yang tinggi dan kerajaan mendapati semakin sukar menangani pinjamannya.
Sebab itulah kerajaan memperkenalkan GST, katanya.

“Warisan akan hapuskan GST kalau kita bentuk kerajaan. Ada banyak sistem lain yang boleh kita gunakan untuk jana hasil untuk negara. Kalau kita boleh urus kewangan negara dengan baik, kita tidak perlukan percukaian regresif,” katanya.
Mengulas hubungan antara Warisan dan Pakatan Harapan yang diterajui Dr Mahathir, Shafie menegaskan pendirian parti untuk kekal bebas dan tidak akan menyertai gabungan itu.

Shafie berkata beliau sudah memberitahu Dr Mahathir bahawa peranannya ialah pastikan BN tumbang di Sabah sementara peranan Dr Mahathir pula ialah menumbangkan BN di Semenanjung.

Sebenarnya, Dr Mahathir meminta beliau untuk menjadi timbalan presiden PPBM tetapi beliau menolak kerana mahukan sebuah parti tempatan, katanya.
“Di Sarawak, majoritinya ialah parti tempatan. Ini yang kita mahukan. Sebuah parti yang benar-benar milik Sabah. Sebab itu saya beritahu mereka, kalau mereka datang ke Sabah, saya akan lawan mereka,” katanya.

Dr Mahathir dipersalahkan atas kes Projek IC yang didakwa memberikan kewarganegaraan pada pendatang asing melalui pemberian kad pengenalan



Demikianlah Artikel Masa untuk maafkan Dr M demi perubahan, kata Shafie

Sekianlah artikel Masa untuk maafkan Dr M demi perubahan, kata Shafie kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Masa untuk maafkan Dr M demi perubahan, kata Shafie dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/01/masa-untuk-maafkan-dr-m-demi-perubahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :